Polisi Privasi

Berkuat kuasa pada 1 Januari 2015

ODB Ministries, *Discovery House Distributors Sdn Bhd (“ODB”, “DHD” atau “kami”) menilai privasi tentang pengunjung tapak web kami. Kami telah menyediakan kenyataan privasi ini supaya menyertakan maklumat yang kami kumpulkan dalam tapak web, cara kami kumpul, guna dan sebarkan maklumat ini. Kenyataan privasi ini diterapkan dalam setiap domain yang berkaitan dengan ODB/DHD.

* Discovery House Distributors Sdn Bhd ialah pelayanan yang bersekutu dengan ODB Ministries dan khas dalam penjualan bahan-bahan Kristian dengan harga subsidi.

KENYATAAN PRIVASI

Maklumat yang dikumpulkan di tapak web ini akan digunakan menurut panduan-panduan seperti berikut:

  1. Polisi Maklumat Peribadi: ODB mengekalkan polisi yang keras dalam pengembangan pelayanan ini bahawa kami tidak akan menjual, menyewa atau mendedahkan maklumat sulit anda kepada orang atau organisasi yang lain, sama ada secara komersial atau tanpa untung. Kekecualian hanya akan dilakukan menurut undang-undang, atau untuk melindungi hak, harta tanah, atau keselamatan ODB, pengguna kami atau sebab-sebab yang lain. Sebarang maklumat peribadi (nama, alamat, nombor telefon, dan/atau e-mel) yang anda serahkan kepada kami adalah digunakan hanya untuk tujuan yang diberikan.
  1. Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat Peribadi. Ini berdasarkan cara anda menggunakan tapak web ini, kami mungkin meminta anda berkongsi maklumat peribadi anda yang dapat dikenal pasti (“Maklumat Peribadi”) kepada kami. Ini terpulang kepada pilihan anda sama ada anda berkongsi sebarang Maklumat Peribadi dengan kami. Bagaimanapun, sebahagian tapak web mungkin mewajibkan anda berkongsi Maklumat Peribadi anda. Maklumat-maklumat ini boleh termasuk sebarang informasi yang mengenal pasti, atau boleh digunakan untuk mengenal pasti, menghubungi atau mengesan lokasi anda. Contoh-contoh apabila kami meminta dan mengumpulkan Maklumat Peribadi adalah seperti berikut:a) Apabila membuka akaun ODB. Apabila membuka akaun ODB, anda akan diminta memberikan e-mel dan alamat surat-menyurat anda, dan juga memilih untuk memberikan maklumat utama dan minat anda. Ini membenarkan kami menghantar berita-berita terkini, menghubungi anda mengenai pengumuman, pengemaskinian sistem, produk atau tawaran baru, dan lain-lain lagi.

    b) Hubungi Kami. Kami menggunakan borang-borang Hubungi Kami yang boleh didapati dalam pelbagai bahagian dalam Tapak Web ini, dan akan membantu anda menghubungi kami secara langsung dengan sebarang pertanyaan, komen dan permintaan yang mungkin ada. Maklumat ini juga akan digunakan untuk menjawab pertanyaan, komen, dan permintaan. Kami juga akan menyimpan komen anda untuk meningkatkan tapak web dan program, atau mengkaji semula dan membuang maklumat yang dikumpulkan.

    c) Pendaftaran E-mel: Anda berpeluang tetap menerima e-mel ODB. Apabila anda mendaftar e-mel, anda akan diminta untuk memberikan Maklumat Peribadi (termasuklah e-mel, nama, negara dan minat). Maklumat yang diberikan akan digunakan untuk mengirimkan e-mel kepada anda, memperibadikan pengalaman anda dan meningkatkan apa yang kami tawarkan. Kami hanya mengirimkan e-mel kepada pengguna yang juga menerima pengiriman kami. Jika anda pernah mendaftarkan e-mel tetapi tidak ingin termasuk dalam senarai e-mel kami, anda boleh mengklik Berhenti E-mel yang boleh ditemui dalam e-mel.

    d) Aplikasi (Apps) Mudah Alih: Kami menawarkan pelbagai apps bagi peralatan mudah alih, termasuklah telefon dan tablet. Pengesahan penuh kepada segala ciri dalam aplikasi (termasuklah memberikan komen,catatan, tanda-tanda buku), akan meminta pengguna membuka akaun.

  1. Fail dan Kuki (Cookie): Apabila anda log masuk ke Internet, pembekal perkhidmatan Internet anda akan memberikan anda satu alamat IP secara automatik kepada komputer anda. Pembekal web akan mengenal komputer anda dengan alamat IP, dan kami menggunakannya untuk membantu menganalisis masalah yang mungkin ada dalam perkhidmatan kami, mengurus tapak web dan selalu meningkatkan nilai bahan-bahan yang boleh didapati dalam tapak tersebut.
  1. Maklumat Yang Dikumpulkan. Kami mengumpulkan maklumat daripada anda melalui beberapa cara. Tujuannya adalah memberikan pengalaman yang berkesan, bermakna dan khusus. ODB mungkin mengumpulkan Maklumat Peribadi anda melalui pengguna yang membeli produk ditawarkan dan berkaitan denga ODB.org, OSB Ministries, atau mana-mana bahagian pencetakannya. Sebarang Maklumat Peribadi yang anda memilih untuk berkongsi kepada ODB digunakan untuk (a) menepati pesanan produk dan perkhidmatan; (b) menganalisis dan mengawasi aktiviti pengunjung dan pelawat; (c) mempromosi dan menyokong produk dan perkhidmatan yang ditawarkan; (d) merancang perkembangan seterusnya bagi tapak web serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan; (e) mengembangkan pangkalan pengetahuan mengenai para pengguna dan pelanggan tapak web. Untuk menepati produk atau perkhidmatan yang anda minta, kami mungkin perlu menyertakan Maklumat Peribadi kepada mana-mana pejabat ODB dan pelayanan bersekutu di seluruh dunia.a)Kami telah mencapai persetujuan dengan para agen perniagaan yang boleh dipercayai. Mereka yang memberikan perkhidmatan sokongan dan peralatan yang kami perlukan. Kami mungkin berkongsi data kepada para agen peniaga yang boleh dipercayai ini. Contohnya, jika anda membuat pembelian daripada kami, maklumat yang anda berikan akan dikumpulkan oleh agen pengurusan, dan maklumat kad kredit anda akan diberikan kepada pemproses kad kredit anda supaya kami boleh melengkapkan penjualan. Jangan menyerahkan maklumat yang anda tidak ingin berkongsi.

    b)Kami mengumpulkan data daripada pihak ketiga yang tidak bernama (contohnya umur, jantina dan minat) melalui “Google Analytics.” Kami menggunakan maklumat ini untuk meningkatkan dan memperibadikan tapak ini. Kami juga mungkin menggunakan maklumat ini untuk mengenal pasti peluang yang boleh menyediakan kandungan yang sesuai bagi para pengguna.

    c)Kadangkala kami mungkin akan meminta pengguna memberikan maklumat balas melalui tinjauan. Segala maklumat yang dikumpulkan akan digunakan khas oleh kami untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan kami.

    d)Kami mungkin menghubungi anda untuk mengemaskinikan maklumat peribadi anda supaya anda diberitahu tentang produk-produk dan perkhidmatan kami yang lain.

    e)ODB dan DHD ialah pelayanan tanpa untung yang disokong oleh pemberian daripada kawan-kawan dan ahli-ahli yang setia. Kami tidak menghantar permintaan pemberian secara langsung kepada sesiapa dalam senarai mel kami. Bagaimanapun, kami memelihara hal untuk mengubah polisi pemberian ini pada masa akan datang seperti diarahkan oleh jawatankuasa pengurusan ODB.

 

  1. Keselamatan. ODB memberikan perhatian yang paling utama pada perlindungan atas privasi dan maklumat anda. Kami menggunakan cara yang munasabah secara komersial untuk melindungi kebolehpercayaan tapak ini dan kesulitan data yang dikumpulkan. Pekerja dan sukarelawan kami yang diberikan kebenaran menyedari polisi-polisi keselamatan dan privasi kami, dan maklumat anda hanya boleh dirujuk oleh pekerja dan sukarelawan yang diberikan kebenaran untuk menjalankan tugas mereka. Bagaimanapun, kami tidak memberikan keyakinan penuh, atau bertanggungjawab terhadap sebarang pelanggaran kesulitan maklumat kami yang disebabkan oleh kegagalan sistem atau kemasukan tanpa kebenaran oleh pihak-pihak ketiga.
  2. Sekatan. Tapak web ini dirancang digunakan oleh pengguna yang berumur 18 tahun ke atas. Jika anda belum mencapai 18 tahun, sila jangan menyerahkan maklumat anda kepada kami.
  3. Pengemaskinian Maklumat Pengguna. Jika diminta, kemasukan ke dalam maklumat peribadi akan dibenarkan dalam waktu 60 hari tanpa dikenakan kos terhadap pengguna. Jika kemasukan tersebut tidak boleh diberikan dalam waktu yang tersebut, kami akan membekalkan data kepada pengguna apabila maklumat diberikan. Jika kemasukan itu dinafikan atas sebab yang tertentu, kami akan memberikan penjelasan mengapa kemasukan itu tidak dibenarkan.
  4. Rangkaian. Tapak web ini mungkin mengandungi rangkaian ke tapak-tapak lain yang tidak dimiliki atau diuruskan oleh ODB. Rangkaian-rangkaian itu tidak bermaksud kami menyokong atau membenarkan polisi-polisi tapak web tersebut terhadap polisi pengunjung kami. Kami menggalakkan anda mengunjungi tapak-tapak web ini untuk mengetahui polisi-polisi privasi mereka kerana polisi mereka mungkin berbeza daripada polisi kami. Kami menggalakkan anda membaca kenyataan privasi tentang mana-mana tapak web yang anda kunjungi.
  5. Bahagian Komen dan Mesej. Sebarang maklumat yang dikirimkan pada bahagian mesej, bahagian sembang (chat room), komen atau “suka” pada Tapak ini akan menjadi maklumat umum. Pandangan-pandangan yang diberikan dalam komen-komen ini dibuat oleh individu dan tidak disokong oleh kami dan tidak mewakili sudut pandangan atau kepercayaan ODB. ODB tidak bertanggungjawab untuk bahasa yang tidak diterima atau topik yang dibincangkan, namun kita akan cuba sedaya upaya untuk memastikan bahagian ini akan diawasi dan topik-topik yang sesuai yang akan dibincangkan.
  6. Pengemaskinian Polisi ini. Kami memelihara hak untuk mengemaskinikan polisi privasi ini pada bila-bila masa. Perubahan akan dikirimkan pada Tapak web ini dengan tarikh yang terkini, Sila mengunjungi tapak web kami dari semasa ke semasa untuk melihat polisi terkini.
  7. Penerimaan. Penggunaan Tapak web ini akan membentuk penerimaan pengguna tentang polisi privasi ini dan mana-mana pengemaskinian. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau aduan tentang mana-mana penggunaan data, atau kenyataan ini secara umum, anda boleh menghubungi kami dengan menggunakan borang Hubungi Kami di tapak web ini atau menulis kepada kami dengan alamat berikut:

Our Daily Bread Ministries
Peti Surat 86, Taman Sri Tebrau
80057 Johor Bahru, Johor, Malaysia

  1. Syarat-Syarat Penggunaan ODB.a)Segala persoalan yang berkaitan dengan Polisi Privasi akan dikawal di bawat syarat-syarat Polisi Privasi ini, dan syarat-syarat yang dikemukakan dalam Syarat-syarat Penggunaan tentang tapak web Our Daily Bread Ministries.

    b)Bidang Kuasa. SYARAT-SYARAT INI AKAN DIKAWAL OLEH DAN DISAMPAIKAN MENURUT UNDANG-UNDANG DI NEGERI MICHIGAN, AMERIKA SYARIKAT, TANPA MENGAMBIL KIRA JIKA ADA PERCANGGAHAN PRINSIP-PRINSIP UNDANG-UNDANG. ODB DAN PELANGGAN BERSETUJU BAHAWA SEGALA SOALAN DAN TUNTUTAN BERDASARKAN SYARAT-SYARAT INI BERKAITAN DENGAN PENCAPAIAN ATAU PENGGUNAAN TAPAK WEB INI DAN MAKLUMAT AKAN TERTAKLUK PADA, DAN SETIAP SATU BERSETUJU DENGAN BIDANG KUASA DAN TEMPAT, MAHKAMAH-MAHKAMAH PERINGKAT NEGERI DAN PERSEKUTUAN DI MICHIGAN. PENGGUNAAN TAPAK WEB INI TIDAK DIBERIKAN KUASA DI BAWAH MANA-MANA PIHAK KUASA YANG TIDAK BERKESAN KEPADA SEGALA PEMBEKALAN TENTANG SYARAT-SYARAT, TERMASUKLAH TANPA PENGEHADAN DALAM BAHAGIAN INI.