Siri Bimbingan

Mengapa? Melihat Tuhan dalam Penderitaan Kita

Kesakitan dan penderitaan. Sungguhpun keadaan setiap kita adalah unik, banyak pengalaman ini disusuli oleh soalan yang penting, “Mengapa?” Mengapa? menjejak punca kesakitan dan penderitaan kita daripada perspektif yang berdasarkan Alkitab. Sebenarnya penderitaan ialah hasil “sampingan” daripada salah satu anugerah terbesar Tuhan kepada ciptaan-Nya—anugerah memilih. Pelaksanaan kebebasan untuk memilih ini boleh menghasilkan banyak kesukaran dan cabaran. Berita baiknya adalah Tuhan juga…

Mengapa begitu sukar untuk berkongsi tentang Yesus?

Kebanyakan gereja yang kita hadiri adalah riuh-rendah dan sibuk. Pagi Ahad menjadi begitu hidup dengan lagu-lagu pujian, khutbah dan orang Kristian yang bersalaman. Pada hari-hari biasa, kita juga berjumpa dalam kelompok kecil untuk mempelajari Alkitab dan mengadakan perjumpaan doa. Namun begitu, selalunya kita mempunyai banyak topik perbualan antara satu sama lain, tetapi hanya mempunyai sedikit untuk dikatakan kepada mereka yang…

Apa Itu Kasih Sejati?

Di dunia ini, kasih mempunyai maksud yang berlainan bagi orang yang berbeza. Jadi, bagaimana anda tahu itu kasih sejati? Penulis Bill Crowder mengkaji 1 Korintus 13:4-8 dan mendapati bahawa hati Kristus memberikan gambaran yang agung tentang kasih sejati. Temukan kasih yang sabar menanggung segala sesuatu apabila anda membuka hati anda untuk menerima kasih Tuhan yang tidak berkesudahan.

Warga Kerajaan Tuhan

Apabila sekumpulan pemimpin agama bertanya kepada Yesus sama ada rakyat berbangsa Yahudi harus membayar cukai kepada Kaisar, Dia memberikan jawapan yang mengejutkan. Dia meminta mereka melihat pada kedua-dua belah muka syiling Roma dan berkata, “Berikan apa yang menjadi milik Kaisar kepada Kaisar, dan berikan apa yang menjadi milik Allah kepada Allah.”

Apakah maksud kenyataan itu bagi kita yang hidup 2,000…

Terus Berlari

Bagaimanakah latihan berlari serupa dengan penguatan iman? Seperti stamina fizikal kita, disiplin rohani kita akan semakin meningkat menurut masa melalui amalan-amalan yang konsisten dan pengawalan diri. Sertailah penulis Our Daily Bread, Lisa Samra ketika dia berkongsi amalan-amalan rohani yang berakarkan kebenaran dalam Alkitab sebagai bantuan sepanjang perjalanan iman ini. Selidiki ayat Alkitab dan belajar cara untuk menerapkan amalan-amalan seperti doa,…

Tolong, Aku Kehilangan Pekerjaan!

Ramai orang mendapati bahawa pada saat-saat sukar kehidupan kita, kawan-kawan yang terpenting bagi kita ialah mereka yang telah mengharungi situasi yang sama dengan kita.

Inilah sebabnya kami ingin berkongsi cerita tentang seorang kawan yang telah mengalami kesusahan ketika kehilangan pekerjaan, bukan sahaja melalui perspektif daripada seorang penasihat dalam bidang pengurusan dan kaunselor, malahan juga pergelutan ketika struktur operasi di syarikatnya…