Mengapa? Melihat Tuhan dalam Penderitaan Kita

Kesakitan dan penderitaan. Sungguhpun keadaan setiap kita adalah unik, banyak pengalaman ini disusuli oleh soalan yang penting, “Mengapa?” Mengapa? menjejak punca kesakitan dan penderitaan kita daripada perspektif yang berdasarkan Alkitab. Sebenarnya penderitaan ialah hasil “sampingan” daripada salah satu anugerah terbesar Tuhan kepada ciptaan-Nya—anugerah memilih. Pelaksanaan kebebasan untuk memilih ini boleh menghasilkan banyak kesukaran dan cabaran. Berita baiknya adalah Tuhan juga mengetahui penderitaan—kerana dosa kita—dan Dia bukan sahaja memahami kesakitan kita, Dia berjanji akan menyertai kita di sepanjang perjalanan ini.

Bill Crowder menjadi staf Our Daily Bread Ministries selepas melayani sebagai pastor untuk lebih daripada 20 tahun. Bill kerap bekerjasama dengan Mart DeHaan sebagai naib presiden dalam bahagian pengajaran. Anda akan sering mendengar Bill berkongsi di program radio Discover the Word dan dia menghabiskan kebanyakan masanya dalam pelayanan pengajaran Alkitab bagi para pemimpin Kristian di seluruh dunia.