Dipanggil untuk Melayani
United States
Our Story Isn't About Us.
It all started in 1938 with a small radio program called Detroit Bible Class. With his gravelly voice, Dr. M. R. DeHaan quickly captured the attention of listeners in the Detroit area, and eventually the nation. Since then, our audience has grown to millions of people around the world who use our Bible-based resources.
Over the…
Coretan Hamba Tuhan
Renungan dan perkongsian daripada para pastor dan penulis tempatan—memberi penghiburan, inspirasi iman, dan membina secara rohani.
Perkara-Perkara Doa
Terima kasih kerana memberi sokongan kepada kami melalui doa. Kami bergantung kepada rahmat Tuhan untuk membantu orang ramai mendekati Tuhan dan menyerap firman-Nya melalui bahan-bahan alkitabiah kami.
Penapis yang Bocor
Apabila Cheryl bangun pada suatu pagi, dia terkejut dan cemas apabila mendapati dapurnya telah dibanjiri air semalaman. Air bertakung di dalam kabinet, di sekeliling singki, malah melimpah sehingga ke belakang peti sejuk. Dia segera menghubungi seorang tukang paip, yang dengan cepat mengenal pasti punca masalah tersebut: sebuah penapis air di bawah singki telah rosak. Sepanjang hari itu, Cheryl menghabiskan masanya untuk mengeringkan air di dapur dan memulakan proses membaiki serta memulihkan kerosakan-kerosakan di rumahnya. Malangnya, ramai pengguna lain juga turut melaporkan kebocoran yang sama; penapis tersebut kelihatan mempunyai kecacatan dalam reka bentuknya.
Dipanggil untuk Melayani
Sepasang suami isteri sedang menikmati kehidupan selepas bersara. Mereka tinggal di rumah yang indah, mempunyai banyak masa lapang, dan menjalani kehidupan yang selesa sambil melayani secara santai di gereja mereka. Tetapi kemudian mereka mendengar satu khutbah yang mengandungi kata-kata Yesus yang sangat berkuasa: “Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup, dan sesiapa yang mengorbankan hidupnya kerana-Ku akan memperoleh hidup” (Matius 16:25). Ayat ini mengajar tentang menyerahkan hidup seseorang kepada Tuhan dan sanggup mengorbankan diri demi tujuan Kristus.
Cara Tuhan yang Kreatif
Jiran Paul yang juga rakan segerejanya, Owen, telah menyebarkan khabar angin yang berniat jahat tentang dirinya. Oleh sebab berasa buntu dan tidak berdaya, Paul berdoa, “Tuhan, aku menyerahkan masalah ini ke dalam tangan-Mu. Biarlah Owen menyedari kesilapan yang telah dilakukannya.” Paul menyangka Tuhan mungkin akan menggerakkan pastor mereka untuk menegur Owen, atau menginsafkannya melalui sesi pembelajaran Alkitab. Namun, Tuhan menggunakan cara yang berbeza—melalui sebatang paip air yang pecah.