Terima kasih kerana berdoa bersama-sama kami. Kami bergantung kepada rahmat Tuhan untuk membantu orang lain terus dekat dengan Tuhan melalui bahan-bahan Alkitabiah kami.
Untuk bulan Oktober, sila sertai kami untuk berdoa bagi pelayanan Malaysia:
- Migrasi Platform Digital BM: Projek migrasi platform digital BM telah bermula pada 28 Oktober. Doakan agar proses ini berjalan lancar dan Tuhan memberikan hikmat, kekuatan serta bimbingan kepada seluruh pasukan. Semoga platform baharu ini terus melayani pembaca dan memudahkan lebih ramai orang mengakses firman Tuhan, termasuk mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
- Promosi Jualan Natal: Doakan persiapan dan kelancaran pameran serta jualan buku sempena Natal di gereja-gereja berikut:
- Church of Praise, Bukit Indah: 28–29 November
- BCCM, Tanjung Aru: 29 November
Doakan agar melalui peluang ini, lebih ramai orang menemui bahan yang membantu mereka bertumbuh dalam iman dan semakin dekat dengan Tuhan. Semoga hubungan yang terjalin turut membuka peluang untuk berkongsi harapan Kristus.
- Misi Krismas: Sampaikan Firman Tuhan sebagai Hadiah: Misi ini bertujuan menjangkau 3,000 orang Kristian berbahasa Malaysia melalui 1,000 set bahan rohani (set renungan dan set kanak-kanak), dengan harga tajaan RM38 setiap set. Doakan agar Tuhan mencukupkan sumber yang diperlukan, menggerakkan lebih ramai untuk turut menaja dan menggunakan bahan-bahan ini untuk menguatkan iman serta membawa harapan Kristus, termasuk kepada komuniti di kawasan pedalaman. Jom berkongsi cahaya Kristus pada Krismas ini! [Taja Set Krismas Hari Ini]
- Kempen Penginjilan Krismas: Doakan persiapan kempen penginjilan Krismas, termasuk pelancaran platform digital Berubah Selamanya dan pengedaran risalah Keajaiban Krismas: Kasih yang Merentasi Masa dan Ruang. Doakan agar hati ramai orang terbuka untuk menerima Berita Baik dan melalui bahan-bahan ini, mereka dapat mengenali Yesus serta memahami erti sebenar Krismas.
- Seminar Khas Remaja: Doakan Seminar Second Home pada 7–8 Disember 2026 di Kota Belud, Sabah, yang akan membincangkan topik jurnal rohani, seksualiti dan kesihatan mental. Doakan para penceramah dan peserta agar setiap sesi berjalan lancar, memberi manfaat dan memperlengkapi para remaja untuk bertumbuh dalam iman serta menjadi sokongan kepada orang lain.
Semoga Tuhan melakukan “perkara yang jauh lebih banyak daripada yang kita minta atau fikirkan” (Efesus 3:20) semasa kita menyerahkan Pelayanan Our Daily Bread dan rakyat Malaysia ke dalam tangan Tuhan.