Pelajaran daripada Kereta Sewa
Baru-baru ini, saya pergi ke Los Angeles dan perlu menyewa sebuah kereta. Tidak lama kemudian, saya memandu di jalan-jalan sempit di pusat bandar yang sesak dengan kenderaan dan orang ramai. Saya mendapati diri saya memandu dengan sangat berhati-hati dan lebih perlahan daripada biasa. Mengapa? Kerana saya tidak mahu berlaku kemalangan. Lebih-lebih lagi, saya benar-benar tidak mahu merosakkan kereta sewaan tersebut. Kereta itu bukan milik saya—saya hanya meminjamnya.
Menerima daripada Tuhan
Dalam buku Think and Grow Rich yang diterbitkan pada tahun 1937, penulis Napoleon Hill berkata, “Apa sahaja yang dapat dibayangkan dan dipercayai oleh fikiranmu, itulah yang mampu kamu capai.” Kata-kata ini melambangkan Impian Amerika: Jika seseorang bekerja keras, dia boleh mencapai bahkan impian yang paling besar sekalipun.
Anatomi Hati yang Keras
Pastinya menarik jika kita dapat melihat jantung sendiri. Baru-baru ini, saya mengalami sakit dada. Jadi saya pergi berjumpa doktor untuk diperiksa. Doktor kemudian membuat beberapa ujian perubatan dan mendapati bahawa terdapat lebihan kalsium terkumpul dalam saluran darah jantung saya yang dikenali sebagai aterosklerosis (penyempitan saluran darah).
Berpaut kepada Tuhan
Semasa aku menulis kata-kata ini, anjing kecil kami, Winston, yang berbaka Lhasa Apso, berbaring melingkar di kakiku. Apabila aku pergi ke meja makan yang berjarak kira-kira 3 meter jauhnya, ia terus mengikutku. Bagi Winston, jarak itu terlalu jauh.Kebelakangan ini, aku kerap pergi bekerja ke luar. Aku rasa perkara itu memberi kesan kepada Winston. Setiap kali aku menyebut bahawa aku mahu “pergi”, Winston akan merapati aku, seakan-akan ‘berpaut kepadaku’ kerana ia tidak mahu berjauhan dariku.
Duduk Bersama Orang yang Menderita
“Ayah, saya sakit kepala.” “Ayah, saya sangat sejuk.” “Ayah, boleh urut kaki saya?”
Mata Air atau Longkang?
Kadang-kadang kata-kata hikmat diujar apabila kita langsung tidak menjangkakannya. Itulah yang berlaku baru-baru ini semasa saya membaca satu artikel mengenai Travis Kelce, seorang pemain bola sepak Amerika. Seorang jurulatih yang kecewa pernah memberitahunya, “Setiap orang yang anda temui di dunia ini sama ada merupakan mata air atau longkang.” Anda mungkin dapat mengetahui Kelce itu yang mana satu!
Dalam Hadirat Tuhan
Pada tahun 1692, karya Brother Lawrence yang bertajuk The Practice of the Presence of God (Amalan dalam Hadirat Tuhan) diterbitkan buat pertama kalinya. Dalam buku itu, dia menggambarkan bagaimana dia mengundang Tuhan dalam tugasan hariannya yang membosankan. Kata-katanya masih mencabar kita berdoa untuk mencari Tuhan dalam setiap perkara yang kita lakukan, seperti memotong rumput, membeli barang runcit, atau membawa anjing berjalan-jalan.
Memupuk Kesyukuran
“Ayah, boleh tak ambilkan air untuk saya?” tanya anak perempuan bongsu saya. “Boleh,” jawab saya, lalu saya memberinya segelas air yang penuh. Dia mengambilnya tanpa berkata apa-apa. Kemudian anak perempuan sulung saya pun meminta perkara yang sama. Dia juga tidak memberi sebarang respons selepas saya memberinya air. Dengan rasa sedikit kecewa, saya terus berkata, “Tak ada siapa pun nak cakap, ‘Terima kasih’? Kenapa susah sangat ya?”
Lebih daripada Melayari Skrin
Setiap musim gugur semasa waktu kecil saya, nenek selalu mendapatkan katalog Krismas dari sebuah gedung pakaian, JCPenney. Dengan amat gembira, saya membukanya untuk melihat gambar-gambar yang sungguh menarik.