Penulis

Lihat semua

Artikel oleh Kenneth Petersen

Anak Tuhan yang Sejati

Satu pertandingan fotografi menampilkan gambar-gambar yang dihasilkan oleh Kecerdasan Buatan (AI). Orang dari seluruh dunia menghantar gambar yang telah diciptakan oleh mereka dengan memberikan arahan teks pada komputer. Hanya gambar yang dijana oleh AI dibenarkan. Salah satu pemenang ialah gambar yang luar biasa: sesuatu yang kelihatan seperti burung flamingo merah jambu yang meringkuk menjadi bebola berbulu, dengan pemandangan berpasir sebagai latar belakangnya.

Tuhan yang Mengagumkan

Sebagai seorang jurugambar landskap, saya tertarik dengan gambar-gambar yang saya lihat dalam talian. Baru-baru ini, saya menemui satu senarai “10 Tempat Paling Menakjubkan di Amerika Syarikat.” Salah satunya menunjukkan sebuah mata air panas menggambarkan sebuah lembangan besar yang memancarkan pendaran cahaya berbilang warna. Gambar Hutan Hujan Hoh pula memaparkan hutan tebal yang dilitupi lumut, seolah-olah pemandangan yang disebutkan dalam buku The Hobbit menjadi kenyataan. Satu lagi gambar yang menakjubkan boleh ditemukan di Monument Valley, Arizona, yang kelihatan seperti pemandangan di planet Marikh.

Mekar dalam Hadirat Tuhan

Ahli zoologi menggambarkan satu tingkah laku yang dipanggil “tarian kura-kura”—iaitu kelakuan penyu tempayan (loggerhead turtles) yang sungguh comel apabila berada dekat dengan makanan. Kura-kura itu akan menegakkan badannya, membuka mulut, mengepakkan sirip hadapannya, dan berpusing-pusing di dalam air. Namun, kajian menunjukkan bahawa gangguan gelombang radio boleh mengacau “GPS” dalaman kura-kura itu. Ia mengelirukan arah pergerakan, mengalihkan perhatian daripada sumber makanan, dan malangnya, menghentikan tarian kura-kura tersebut.

Jalan Kehidupan

George Washington Carver dilahirkan sebagai seorang hamba pada tahun 1860-an. Dia sering sakit sewaktu masih bayi, maka dia dijual kepada seorang pemilik hamba dengan harga seekor kuda. Ketika remaja, dia ternampak pembunuhan seorang lelaki berkulit hitam oleh sekumpulan orang berkulit putih. Walaupun begitu, George cemerlang dalam pelajaran, tetapi apabila dia memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Highland di Kansas, permohonannya ditolak sebab warna kulitnya. Namun dalam semua dugaan itu, pemuda ini tetap mengekalkan iman yang mendalam kepada Tuhan. Ayat Alkitab yang menjadi pegangan hidupnya ialah Amsal 3:6: “Ingatlah Dia dalam segala jalanmu, maka Dia akan meluruskan jalanmu.”

Cahaya Hidup

Pada tahun 1905, seorang pemuda yang kelihatan agak selekeh mengasingkan diri di apartmennya di Bern, Switzerland, untuk menjalankan eksperimen pemikiran yang kompleks tentang sifat alam semesta. Dengan tumpuan yang kegila-gilaan, ahli fizik itu tidak berhenti untuk mengkaji dan mengira semula perhitungannya. Empat bulan kemudian setelah bertungkus-lumus memerah otak, akhirnya lelaki ini telah menulis semula banyak penemuan yang sudah diketahui ramai tentang bagaimana dunia berfungsi pada zaman itu. Lelaki itu ialah Albert Einstein, yang berusia dua puluh enam tahun pada ketika itu.

Berserah dan Tenang

Tidak ramai orang mengetahui tentang Adelaide Pollard, dan itulah intinya. Dia seorang hamba Tuhan yang rendah hati dan tidak mencari pengiktirafan untuk dirinya sendiri. Pada usia empat puluh tahun, dia merasakan panggilan yang kuat untuk menjadi mubaligh ke Afrika, tetapi pintu itu tertutup baginya, membuatnya sangat kecewa. Namun, Adelaide teringat akan ayat ini: “Sesungguhnya, seperti tanah liat di tangan tukang periuk, demikianlah kamu di tangan-Ku” (Yeremia 18:6). Kemudian dia menggubah sebuah lagu pujian dengan lirik ini: “Thou art the potter, I am the clay” (“Engkau Penjunan, Ku Tanah Liat”).

Masa Tuhan

Sehingga tahun 1967, unit masa diukur secara saintifik oleh corak astronomi: putaran bumi dan peredarannya mengelilingi matahari. Tetapi setelah berabad-abad, satu masalah muncul. Putaran bumi sebenarnya semakin perlahan dalam orbitnya. Para saintis mendapati bahawa unit “saat” adalah lebih panjang daripada dahulu. Walaupun proses ini berlaku secara beransur-ansur, sejak zaman Kristus, dunia telah “kehilangan” tiga jam secara keseluruhan mengikut ukuran masa.

Harta yang Tersimpan di Syurga

Orang yang pertama kali melancong ke luar negara biasanya membawa terlalu banyak barang. Ini kerana mereka takut berjauhan dari rumah dan bimbang ada benda yang tertinggal. Namun, satu artikel baru-baru ini menjelaskan bahawa membawa terlalu banyak barang boleh mendatangkan masalah. Penulis artikel itu menasihatkan agar kita tidak membawa barang tambahan seperti syampu, pengering rambut (yang sudah tersedia di kebanyakan hotel), kasut, dan buku kerana barang-barang itu besar dan berat. Tambah penulis lagi, pelancong akan menyesal membawa beg yang berat kerana mereka akhirnya terpaksa mengheret dan mengangkat beg ketika berjalan di jalan-jalan berbatu yang tidak rata seperti di Eropah.

Terselamat oleh Rahmat Tuhan 

C harles Joughin menjadi seorang pelayar sejak usia sebelas tahun. Dia bekerja sebagai pembuat roti di beberapa buah kapal, dan pada tahun 1912, dia telah diupah di sebuah kapal pelayaran yang belayar dari Southampton, England. Kapal itu ialah Titanic, yang kemudian terlanggar bongkah ais di Atlantik Utara. Ketika kapal itu mulai tenggelam, Joughin membantu ramai orang masuk ke dalam bot penyelamat. Dia sendiri berdiri di atas hujung Titanic ketika kapal itu tenggelam menegak ke dalam air. Ajaibnya, dia terselamat.