Harapan: Memilih Iman, Bukan Ketakutan
Pengikut Kristus yang paling berdedikasi juga mengalami keputusasaan dalam hidup mereka. Misalnya, rasul Paulus menulis tentang menanggung penderitaan sehingga kehilangan harapan untuk hidup (2 Korintus 1:8). Namun Paulus menjelaskan bahawa perkara itu berlaku bagi tujuan yang baik—supaya dia akan bergantung pada Tuhan dan bukannya bergantung pada diri sendiri (ayat 9).
Selepas Tsunami
Renungan Berdasarkan Alkitab: Bagaimana Orang Kristian Bertindak Balas Terhadap Bencana Oleh Ajith Fernando.
“Saya telah menyemak semula bahan saya yang mula-mula agar tulisan ini dapat melayani sesiapa sahaja yang menghadapi apa pun jenis krisis yang berat. Dalam keadaan-keadaan seperti ini, kita merujuk kepada Alkitab untuk mendapatkan kekuatan dan bimbingan. Kita mendapati bahawa ada banyak yang ingin dikatakannya kepada kita” - Ajith…
Apakah yang anda bimbang?
Kebimbangan dapat menimpa kita dalam pelbagai rupa, misalnya isu keluarga, kesihatan, kewangan atau ribuan perkara yang lain, terutamanya pada waktu tercetusnya pandemik ini. Kebimbangan dapat menghakis minda kita, sehingga kita tidak berfokus dan dapat mengakibatkan serangan migrain dan keadaan panik.
Namun, adakah perasaan bimbang sesuatu yang tidak baik? Bukannya salah untuk menunjukkan keprihatinan. Ini menunjukkan kita berasa tanggungjawab terhadap apa yang…
Bolehkah Kita Benar-Benar Mempercayai Alkitab?
Dalam dunia moden kita, ramai orang yakin bahawa Alkitab hanyalah sekadar buku kuno yang mengarut. Tulisan keagamaannya tidak berdasarkan fakta atau realiti, dan Alkitab hanya dibaca oleh segolongan kecil orang beragama yang mahu merasa diri mereka lebih baik daripada orang lain. Ia cuma gabungan mitos, cerita dongeng dan kisah kanak-kanak, semua diubahsuai mengikut peredaran zaman. Ia tidak relevan, membosankan dan…
The Da Vinci Code: Memisahkan Fakta daripada Cerita Rekaan
Setelah The Da Vinci Code karangan Dan Brown diterbitkan pada Mac 2003, ia segera tersenarai dalam buku terlaris The New York Times. Setahun kemudian, buku ini diisytiharkan sebagai buku terlaris di 100 buah negara, sementara Doubleday, penerbit buku itu menyebutnya sebagai “novel yang paling banyak dijual.”
Mengapa buku ini sangat diminati? Penulisnya mendakwa berjaya memberi suatu teori fiksyen mengenai persubahatan…
Dapatkah Saya Diampuni?
Alkitab memberitahu kita bahawa sesiapa sahaja yang bersungguh-sungguh meminta ampun daripada Tuhan dan kembali kepada-Nya dalam ketaatan, akan menemukan pengampunan yang sebenar. Namun, apakah yang akan terjadi kepada mereka yang tidak dapat melupakan segala kesilapan dan perbuatan masa silam? Bolehkah Tuhan benar-benar mengampuni sesiapa pun—bahkan yang paling jahat?
Semoga anda menemukan kebenaran yang membebaskan melalui buku kecil ini.