Apakah yang anda bimbang?

Kebimbangan dapat menimpa kita dalam pelbagai rupa, misalnya isu keluarga, kesihatan, kewangan atau ribuan perkara yang lain, terutamanya pada waktu tercetusnya pandemik ini. Kebimbangan dapat menghakis minda kita, sehingga kita tidak berfokus dan dapat mengakibatkan serangan migrain dan keadaan panik.

Namun, adakah perasaan bimbang sesuatu yang tidak baik? Bukannya salah untuk menunjukkan keprihatinan. Ini menunjukkan kita berasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku dalam situasi kita dan orang yang kita sayangi. Bagaimanapun, apa yang penting adalah cara kita mengendalikan kebimbangan kita.

Menurut Alkitab, tidak ada keadaan yang mustahil bagi Tuhan; tidak ada yang dapat mengatasi atau mengalahkan Dia. Jadi, teruskan membaca buku ini tentang Tuhan yang mengambil berat tentang anda (1 Petrus 5:7).