Anda mungkin akan membuat azam Tahun Baru untuk setiap permulaan tahun, kenapa tidak bermula dengan amalan yang sihat secara rohani? Cubalah setiap amalan seperti berikut selama seminggu, dan lihatlah perubahan yang anda akan alami sekiranya kita tetap berjalan bersama Tuhan. Semoga anda mengalami penerobosan dan pertumbuhan rohani pada tahun 2019. Tuhan memberkati anda.

Amalan Kerohanian Yang Sihat

Amalan 1

Mengambil Masa untuk Berdoa

 

Apakah perkara yang sering kali menghalang orang Kristian mengalami perubahan ajaib yang dilakukan Tuhan dalam kehidupan mereka? Adakah itu disebabkan oleh sikap yang tidak menghiraukan? Kekurangan persekutuan yang baik dengan orang Kristian? Pencubaan?

Ataupun semua ini disebabkan oleh kekurangan berdoa?

Berapa kerap anda dan saya menerima jawapan melalui doa? Ramai orang Kristian tidak memahami maksud untuk menjadi anak…

Amalan 2

Menuntut Janji Tuhan bagi Diri Sendiri

 

Sebagaimana yang sudah anda baca dan pelajari, dengan menghafal dan merenungkan pelbagai petikan dalam Alkitab, apakah bahagian yang nampaknya paling sukar untuk dipercayai?

Bahagian nubuat? Naratif? Petikan doktrin? Ataupun janji Tuhan?

Ramai orang Kristian mempunyai masalah paling besar untuk mempercayai janji-janji Tuhan. Janji-janji ini kedengaran indah, dan ada kalanya juga menghiburkan kita. Tetapi kita berfikir:…

Amalan 3

Menyingkirkan Rasa Bersalah

 

Sebagai orang Kristian, kita bersukacita kerana penyelamatan kita terjamin dalam Kristus dan segala dosa kita dipadamkan dengan darah Kristus selama-lamaya. Kita terkagum akan belas kasihan Tuhan yang mengampuni kita walaupun kita tidak layak untuk menerimanya. Namun sering kali kita tidak mengampuni diri kita sendiri!

Ya, kita tahu bahawa “Sejauh timur dari barat, sejauh itu juga dibuang-Nya dosa kita”…

Amalan 4

Mengalami Pengalaman yang Paling Menakjubkan

 

Apabila saya masih muda, saya berasa teruja jika dapat menyampaikan Injil Yesus Kristus dalam pertemuan jalanan, pertemuan kanak-kanak, dan pertemuan besar-besaran. Saya berdoa, belajar dan berkhutbah, tetapi saya masih berasa kecewa.

Akhirnya saya menyedari bahawa saya tidak memiliki kurnia penginjilan. Hal itu memang jelas. Tidak kira betapa bersemangatnya saya berkhutbah, akan tetapi tiada seorang pun yang…