Anugerah Terbesar

Hiasan-hiasan indah dan cahaya lampu yang berwarna-warni mulai menghiasi persekitaran kita--pusat membeli-belah, gereja, pejabat, rumah dan pinggir jalan. Bungkusan-bungkusan hadiah menghiasi bahagian bawah pohon Krismas. Ketika perayaan Krismas, kita sering memberikan hadiah kepada ahli keluarga kita, kawan-kawan dan saudara mara kita. Senyuman terukir pada wajah kita ketika kita menerima hadiah bukan? Kita tidak kisah mengenai nilai harga hadiah yang kita terima kerana menerima pemberian hadiah daripada orang sudah cukup mengembirakan hati kita.

Tapi tahukah anda bahawa kita memiliki satu hadiah yang sangat berharga dalam kehidupan kita? Hadiah yang sangat berharga ini adalah anugerah terbesar yang kita perolehi daripada Tuhan. Tuhan memberikan anak-Nya yang tunggal agar setiap orang yang percaya kepada-Nya mendapat keselamatan dan hidup yang kekal. Melalui kelahiran Yesus dan pengorbanan-Nya pada kayu salib, kita umat manusia menerima anugerah terbesar iaitu pengampunan dosa dan kehidupan yang kekal. Sempena Krismas ini mari renungkan anugerah terbesar yang kita miliki.


5-Hari Renungan Krismas

Hadiah Hanya Untukmu

Risalah kecil Hadiah Hanya Untukmu yang ringkas dan menarik ini menceritakan hadiah yang sangat berharga—Yesus Kristus. Melalui cerita ini, kita diingatkan bahawa Yesus Kristus ialah Peribadi yang menjadi maksud sebenar kita menyambut hari Krismas. Dapatkan sekarang!

Salinan Cetak

Baca dalam Talian