Apabila Penjarakan Tidak Baik

Apabila Penjarakan Tidak Baik

Bacaan Alkitab: Mazmur 73:16-28
Tetapi bagiku, sungguh baik berada di samping Allah. (Mazmur 73:28)

Dalam masa beberapa minggu sahaja, virus COVID-19 yang digeruni menjejaskan seluruh dunia. “Semua orang berjalan tanpa bercakap antara satu sama lain. Tiada pertentangan mata. Perasaan yang sangat menakutkan. Ketegangan yang sangat tinggi. Ia seperti suatu hukuman.” Ini adalah komen seseorang dalam akhbar tempatan kami yang menerangkan keadaan kehidupan sejak penularan virus. Orang terdorong untuk menjarakkan diri antara satu sama lain demi perlindungan diri dan orang lain.

Penjarakan sosial adalah baik apabila diperlukan demi keselamatan semua orang. Namun, prinsip “penjarakan” ini tidak dapat digunakan dalam hubungan kita dengan Tuhan. Penjarakan rohani tidak baik. Penulis Mazmur 73 menyimpulkan, “Tetapi bagiku, sungguh baik berada di samping Allah.” (ayat 28). Tetapi bukankah ada hari dan musim seakan-akan Tuhan itu jauh? Keadaan tidak berubah; semuanya tidak berjalan dengan lancar. Kejahatan seolah-olah selalu yang menang (ayat 2-15). Kekeliruan menguasai hidup kita dan kita meratap, “Tuhan, di manakah Engkau? Adakah Engkau sudah melupakanku?”

Kemudian kita sedar. Kadangkala kesedaran datang melalui penyembahan (ayat 16-17) atau pembacaan Alkitab atau melalui dorongan kawan-kawan. Hati kita menjadi sensitif; doa-doa dinaikkan (ayat 23-25). Penglihatan kita menjadi jelas dan sekali lagi kita menyedari bahawa “Engkaulah kekuatanku, ya Allah; hanya Engkau yang aku perlukan selama-lamanya” (ayat 26). Walaupun dalam kesukaran hidup, kita dapat diyakinkan tentang hadirat Tuhan dan mendekatkan diri kepada-Nya. – Arthur Jackson.

Bilakah anda berasa jauh daripada Tuhan? Apakah yang membawa anda kepada pembaharuan iman anda dan hubungan yang lebih dekat dengan-Nya?
Tuhan, berikan aku penglihatan yang jelas untuk melihat Engkau walaupun ia sukar disebabkan oleh keadaanku.

Kembali ke laman “Makanan bagi Jiwa”

1|2|3|4|5