Pedoman Harian
  • Pedoman Harian
  • Siri Bimbingan
  • Penjangkauan
    • Ketenangan Di Tengah-Tengah Kekacauan
    • Coretan Hamba Tuhan
    • Amalan Kerohanian yang Sihat
    • Anugerah Rahmat Tuhan-10 Artikel Renungan
    • 10 Alasan Untuk Mempercayai
    • Siapakah Pemberi Hadiah Yang Terbaik?
    • Siri Pemuridan
  • Maklumat Lain
    • Bentuk Cetak/ Digital
    • Pengedar Bahan-Bahan
  • Tentang Kami
    • Kisah Kami
    • Visi & Misi Kami
    • Yang Terpenting Bagi Kami
    • Lokasi Pejabat Global
  • Bahasa
    • ‏العربية‏
    • Afrikaans
    • Bahasa Indonesia
    • Bahasa Malaysia
    • မြန်မာဘာသာ
    • Deutsch
    • English
    • Español
    • Filipino
    • Français
    • Italiano
    • Kayin
    • Khmer
    • Nederlands
    • Polski
    • Português
    • Русский
    •  Tiếng Việt
    • Українська
    • हिन्दी
    • සිංහල
    • தமிழ்
    •  ภาษาไทย
    • 简体中文
    • 繁體中文
    • 日本語
    • മലയാളം
Pemberian Pedoman Harian
Langgan
  • Daftar masuk

Hari Ke-4: Bumi Penuh dengan Berkat-Nya

Hari Ke-4: Bumi Penuh dengan Berkat-Nya

Bacaan Alkitab: Mazmur 104:10-18
Dari langit Engkau menurunkan hujan ke atas pergunungan, bumi penuh dengan berkat-Mu. -Mazmur 104:13
Semua rakyat Malaysia terpaksa berkurung di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia sejak 18 Mac 2020. Sejak itu banyak aktiviti dan hobi baru telah dikongsikan oleh para netizen melalui media masa, antaranya ialah berkebun. Para petani di kampung juga giat mengerjakan kebun di halaman rumah mereka dengan berhati-hati. Kesedaran terhadap kepentingan pertanian juga semakin meningkat. Bahkan ada halaman rumah yang sempit juga kini menjadi kebun sayur untuk kegunaan sendiri.

Peluang berkebun ini bukan sahaja disebabkan oleh PKP, tetapi kerana bumi penuh dengan berkat-Nya—ciptaan Tuhan sebagai sumber makanan kita. Pemazmur memuji Tuhan atas penyediaan-Nya “Engkau menumbuhkan rumput untuk lembu, dan tanaman untuk kegunaan orang, supaya manusia dapat bercucuk tanam” (Mazmur 104:14).

Sungguh ajaib, alam ciptaan Tuhan menyediakan makanan bagi kita. Misalnya, mata air dan hujan menyediakan minuman dan menyirami tanaman kita serta tanah dan benih untuk membolehkan manusia bercucuk tanam.

Tiada yang wujud secara kebetulan dalam ciptaan Tuhan, semuanya dicipta dengan tujuan Tuhan yang indah. Dia menggunakan semuanya untuk kemuliaan nama-Nya dan kebaikan kita. Oleh itu, “Aku akan menyanyi untuk TUHAN sepanjang umurku,” kata pemazmur (ayat 33). Kita juga boleh memuji Tuhan semasa kita merenungkan segala penyediaan Tuhan bagi kita. Penyediaan Tuhan itu sentiasa ada, kita hanya perlu menerima dan mengerjakannya. -Clarensia Rongkos

Tuhan, terima kasih kerana Engkau ingat akan kami semasa menciptakan dunia ini. Kini kami dapat menikmati bumi ciptaan-Mu yang penuh dengan berkat-Mu. Ajarlah kami memanfaatkan sepenuhnya penyediaan-Mu ini.

Kembali ke laman “Tuhan Itu Baik”
Rancangan Pembacaan seterusnya:Doa Penghubung Kepada Pembekal
1|2|3|4|5

  • Facebook
  • Twitter
  • E-mel
  • Cetak
Topik-topik yang berkaitan: Tuhan Itu Baik
Langgan sekarang untuk menerima e-mel Pedoman Harian setiap hari.
Sila berikan alamat e-mel yang sah.
Use only upper and lower case letters, numbers, periods(.), or underscores( _ ).
Sila berikan nama depan anda.
Sila berikan nama keluarga anda.
Sila pilih negara untuk teruskan.
Sila tandakan jenis e-mel yang anda ingin terima.
logo

♰ Laman Web Kristian

Misi kami adalah menjadikan hikmat Alkitab yang mengubah kehidupan boleh difahami dan mudah didapat oleh semua orang.

Visi kami adalah melihat orang daripada semua bangsa mengalami hubungan peribadi dengan Kristus, semakin menyerupai-Nya dan melayani jemaah tempatan yang merupakan anggota keluarga-Nya.

Our Daily Bread Ministries

  • Pedoman Harian
  • Penulis
  • Lokasi Pejabat Global

Laman Web

  • Discovery House Distributors
  • Discovery Series
  • YMI Today
  • WarungSateKamu
  • My Utmost For His Highest
  • © 2025 Pedomanharian.org 
  • Our Daily Bread Ministries
  • Hak dan Kebenaran
  • Terma dan Syarat
  • Polisi Privasi
  • Panduan Memberikan Komen
loading Batal
Post tidak didaftarkan - sila periksa email anda!
Pengesahan email tidak berjaya, sila cuba lagi
Maaf, blog anda tidak boleh berkongsi kiriman melalui e-mel

Log Masuk

Log masuk
Ingat saya Terlupa?

Daftar

Kembali ke Log masuk