Hadiah Yang Terbaik
Bagaimanakah saya dapat tahu bahawa Tuhan benar-benar mengasihi saya? Yohanes memberitahu kita secara terus: “Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal” (Alkitab Terjemahan Baru). Terjemahan harfiah daripada bahasa Yunani pula mengatakan, “Anak-Nya, yang tunggal, dia memberikan”, menekankan tahap kebesaran hadiah ini. “Yang tunggal”, digunakan dan digambarkan dalam Yohanes 1:14 dan 1:18. Ini bermakna “unik, satu-satunya dan tiada sesiapa pun yang dapat dibandingi”. Namun, siapakah sebenarnya “Anak yang tunggal” bagi Tuhan? Padahal, apakah keistimewaan tentang Dia?
Dari permulaan, Yohanes mengisytiharkan bahawa Yesus sendiri ialah Tuhan (Yohanes 1:1-4), Dia menjadi manusia seperti kita supaya tinggal bersama kita (Yohanes 1:14; Matius 1:23), dan menyelamatkan kita (Matius 1:21; Yohanes 3:17; 1 Yohanes 4:14). Untuk menghapuskan segala keraguan bahawa Yesus ialah Tuhan, Yesus berkata, “Bapa dan Aku satu … Orang yang sudah melihat Aku, sudah melihat Bapa” (Yohanes 10:30, 14:9).
Biasanya tiada orang akan menghadiahkan diri sendiri. Namun Tuhan telah berbuat sedemikian. Dia memberikan hadiah yang terbaik—diri-Nya sendiri, sepenuhnya, kehidupan-Nya—untuk menyatakan bahawa Dia sangat mengasihi kita (Yohanes 15:13; Roma 5:6-8; 1 Yohanes 4:9-10). Yesus mendedahkan kedalaman dan kekuatan kasih Tuhan yang tidak dapat dibayangkan.
Hadiah yang terbaik ialah Yesus Kristus. “Marilah kita bersyukur kepada Tuhan bagi pemberian-Nya yang tidak terkata!” (2 Korintus 9:15).
Kembali ke laman web Kasih Tuhan Untuk Sedunia.