Sekarang dan Selama-Lamanya
Manusia sering ingin untuk hidup selama-lamanya. Namun tidak kira betapa banyaknya usaha yang kita berikan, keabadian tidak mudah dimengerti. Bagaimanapun, orang Kristian pada hari ini telah memiliki apa yang telah lama diinginkan oleh orang di dunia ini.
Tuhan menginginkan manusia hidup selama-lamanya. Adam dan Hawa dibenarkan untuk makan buah-buahan daripada semua pokok di Taman Eden, termasuklah pokok yang memberi hidup (Kejadian 2:16). Namun, mereka masih makan buah-buahan daripada pokok larangan dengan sengaja (Kejadian 2:17, 3:1-7). Akibatnya, mereka diusir keluar dari Taman Eden (Kejadian 3:23), dan kematian dibawa masuk ke dunia ini (1 Korintus 15:21).
Bagaimanapun, Tuhan masih menginginkan manusia hidup bersama dengan Dia selama-lamanya. Oleh sebab kita “yang dahulunya jauh daripada Allah, telah didekatkan kepada Allah oleh kematian Kristus” (Efesus 2:13-14), kita sekarang dapat tinggal bersama Tuhan selama-lamanya (Yohanes 14:2-3, 23; Wahyu 21:3). Pernahkah anda bayangkan apa itu perasaannya jika kita kekal tinggal bersama Tuhan?
Hidup sejati dan kekal tidak bermaksud kita wujud selama-lamanya. Ia mementingkan kualiti lebih daripada kuantiti. Ia sebenarnya merupakan satu perjalanan untuk “[mengenal] satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus” (Yohanes 17:3). Dalam bahasa Ibrani, mengenal bermaksud hubungan yang peribadi dan rapat (Ulangan 30:6; Yeremia 31:33-34). Inilah sesuatu yang kita boleh bermula pada hari ini, kerana hidup sejati dan kekal bukan sesuatu yang diwarisi pada masa depan (Ayub 19:26; Yohanes 5:28-29; Wahyu 22:14), melainkan sesuatu yang dapat dimiliki pada masa kini (Yohanes 5:39, 6:47-51).
Alangkah baiknya keistimewaan dan tanggungjawab ini kita dapat mengalami kehidupan yang penuh kasih dan dapat mentaati Tuhan, sekarang dan selama-lamanya!
Kembali ke laman web Kasih Tuhan Untuk Sedunia.