Siapakah Tuhan Kita?

Individu yang berbeza mempunyai tanggapan yang berbeza terhadap Tuhan. Contohnya, ada yang memikirkan bahawa Dia hanya merupakan suatu kuasa yang tiada perasaan, ada yang mengatakan Dia terlalu jauh, sehingga mustahil untuk mengenal Dia. Budaya dan tradisi juga dapat membentuk persepsi kita, malah selalu mengubah Tuhan kepada seseorang dewa tempatan tertentu berdasarkan suatu kumpulan etnik atau kawasan. Ada pula yang tidak mempercayai kewujudan-Nya. Antara segala pandangan yang bercanggah, siapakah Tuhan bagi kita?

Yohanes 3:16 bermula dengan perkataan, “Allah”. Perkataan ini adalah sangat penting, kerana ia memperlihatkan dengan jelas bahawa Tuhan wujud pada mulanya. Dia bukan sahaja wujud, malahan Dia Pencipta kita (Kejadian 1:1). Fakta bahawa kita adalah manusia yang mempunyai perasaan kerana kita diciptakan dan dijadikan seperti diri-Nya sendiri (Kejadian 1:27), sudah membuktikan bahawa Tuhan bukan suatu kuasa yang tiada perasaan.

Tuhan yang berperibadi bermaksud Dia ingin membina perhubungan dengan kita dan kita boleh mengenal Dia. Itu sebenarnya kerinduan Tuhan yang dapat kita lihat dalam 1 Petrus 5:7 dan 2 Korintus 5:20. Dia menjaga kita dan berharap supaya kita kembali ke pangkuan-Nya. Betapa indahnya rahmat ini!

Bahkan Tuhan masih menjangkau kita walaupun kita tidak mentaati Dia (Roma 5:8). Ya, kita tidak lagi dibelenggu oleh dosa atau dikalahkan tanpa harapan, kerana Dia telah menyelamatkan kita terlebih dahulu.

Dialah Tuhan kita. Sungguh indahnya kita dapat berkongsi tentang Dia dengan orang lain!

 

Kembali ke laman web Kasih Tuhan Untuk Sedunia.