Penulis

Lihat semua
Dennis Fisher

Dennis Fisher

Dennis Fisher menerima Yesus sebagai Penyelamatnya pada suatu perjumpaan gereja di Selatan California. Dia berkata, “Aku mengalami pertaubatan dosa yang dahsyat. Selepas menerima Kristus, aku berasa seperti dibersihkan dari dalam hati.” Dennis seorang profesor dalam penginjilan dan permuridan di Institut Alkitab Moody selama 8 tahun. Pada tahun 1998, dia menyertai Our Daily Bread Ministries, yang kini dia melayani sebagai editor urusan bagi ChristianCourses.com. Dennis mempunyai dua orang anak dan seorang cucu lelaki. Kini dia tinggal di DeWitt, Michigan bersama isterinya, Janet.

Artikel oleh Dennis Fisher

Memantulkan Kemuliaan Tuhan

Seniman Cina abad ke-12 Li Tang melukis landskap yang dihidupkan dengan manusia, burung, dan kerbau. Kerana kemahirannya dengan lakaran garis halus pada sutera, Li Tang dianggap pakar seni landskap Cina. Berabad-abad lamanya, para pelukis dari seluruh dunia telah menggambarkan apa yang dilihat di galeri seni ciptaan Tuhan: “Betapa terangnya langit menyatakan kemuliaan Allah! Betapa jelasnya cakerawala menunjukkan perbuatan-Nya” (Mazmur 19:2). Alkitab menyatakan bahawa kita ada kekreatifan kerana kita dicipta dalam imej Pencipta Agung (Kejadian 1:27).

Pelayanan Yang Setia

Setelah berkhidmat sebagai seorang askar dalam Perang Dunia I, tekanan-tekanan dalam ketenteraan bukan perkara asing lagi bagi C. S. Lewis. Dalam ucapannya semasa Perang Dunia II, dengan fasih dia menerangkan kesusahan-kesusahan yang dihadapi oleh seorang tentera: “Segala macam kesusahan yang kita takuti … boleh dilihat dalam kehidupan seorang askar yang aktif berkhidmat. Seperti penyakit, ia memberi ancaman kesakitan dan kematian. Seperti kemiskinan, ia membawa ancaman dalam tempat tinggal, cuaca sejuk atau panas, kehausan, dan kelaparan. Seperti perhambaan, yang mengenakan kerja paksa kepada kita, penghinaan, ketidakadilan, dan pemerintahan diktator. Seperti pembuangan negeri, yang memisahkan kita daripada semua orang yang kita sayangi.

Tidak Henti Belajar

Sheryl ialah seorang yang tekun membaca. Ketika orang lain sedang menonton televisyen atau bermain permainan video, dia tertarik akan kandungan setiap halaman buku.

Belajar Melalui Penderitaan

Di dalam bukunya The Problem of Pain (Masalah Kesakitan), C. S. Lewis memerhatikan bahawa “Tuhan berbisik kepada kita dalam keseronokan kita, berfirman dalam hati nurani kita, tetapi menjerit dalam kesakitan kita: Ini adalah megafon-Nya untuk membangkitkan dunia yang pekak.” Penderitaan sering membantu mengarahkan tumpuan kita. Ia mengalihkan pemikiran kita dari keadaan sekitar supaya kita boleh mendengar Tuhan mengenai pekerjaan-Nya dalam kehidupan kita. Kehidupan yang biasa digantikan dengan bilik sekolah rohani.

Dennis Fisher

Dennis Fisher menerima Yesus sebagai Penyelamatnya pada suatu perjumpaan gereja di Selatan California. Dia berkata, “Aku mengalami pertaubatan dosa yang dahsyat. Selepas menerima Kristus, aku berasa seperti dibersihkan dari dalam hati.” Dennis seorang profesor dalam penginjilan dan permuridan di Institut Alkitab Moody selama 8 tahun. Pada tahun 1998, dia menyertai Our Daily Bread Ministries, yang kini dia melayani sebagai editor…