Penulis

Lihat semua
K. T. Sim

Sim Kay Tee (Penulis Tamu)

Sim Kay Tee melayani di pejabat operasi antarabangsa Our Daily Bread Ministries yang berpusat di Singapura. Dia berperanan untuk menghasilkan bahan-bahan bacaan baru yang berdasarkan Alkitab, untuk mengarahkan para pembaca kepada Tuhan, hikmat-Nya serta janji-janji dalam firman-Nya yang tidak berubah. Di bawah peranan ini, K. T. menuliskan panduan bagi Siri Bimbingan Pembelajaran yang digunakan oleh banyak kelompok kecil di seluruh dunia. Dia juga merupakan penyumbang tetap bagi sudut Ilham dalam Pedoman Harian. K. T. mengasihi firman Tuhan dan suka mengajarkannya kepada umat Tuhan. Dia rindu untuk melihat umat Tuhan membaca dan mengalami perubahan hidup kerana firman Tuhan. Dia juga telah mengajar di beberapa konferensi Alkitab dan gereja di negara-negara lain. Sebelum dia menyertai Our Daily Bread Ministries, dia seorang pastor dan penatua bagi Gereja Brethren di Singapura (tahun 1990-1999). Dia seorang bapa yang bangga dengan tiga orang anak perempuan.