Penulis

Lihat semua
Monica La Rose

Monica Brands

Monica berasal dari Edgerton, Minnesota, Amerika Syarikat. Dia dibesarkan di sebuah ladang bersama dengan tujuh adik-beradik. Dia belajar Bahasa Inggeris dan Teologi di Kolej Trinity Christian di Palos Heights dan bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak istimewa di organisasi Elim Christian Services sebelum dia mendapat ijazah dalam Pengajian Teologi di Seminari Calvin, Grand Rapids. Dia menghargai masa dengan kawan-kawan, keluarga dan anak-anak saudaranya.

Artikel oleh Monica Brands

Tinggal dalam Dahan

Kaunselor saya mendengar dengan sepenuh perhatian semasa saya berkongsi tentang emosi saya yang turun naik setelah melalui minggu yang tertekan. Kemudian dia membawa saya melihat ke luar jendela, ke arah sepohon pokok yang rimbun dengan dedaunan musim luruh berwarna jingga keemasan dan dahan-dahannya yang bergoyang ditiup angin.

Rahsia

Kadangkala saya mengesyaki kucing saya yang bernama Mimi menghidapi sindrom “takut diabaikan” yang teruk. Apabila saya pulang dengan membawa barang-barang, Mimi bergegas datang untuk memeriksa isinya. Apabila saya memotong sayur, si kucing akan berdiri dan melihat serta minta saya memberikan kepadanya. Tetapi apabila saya benar-benar memberi Mimi apa sahaja yang menarik minatnya, kucing ini dengan cepat kehilangan minat, dan pergi dengan rasa bosan.

Hidup Yang Berlimpah-limpah

Semasa saya singgah untuk melawat keluarga kakak saya, anak-anak buah saya sangat beria-ia untuk menunjukkan kepada saya sistem kerja harian mereka yang baru, iaitu sebuah set papan Choropoly. Setiap papan elektronik yang berwarna-warni akan mengawasi kerja harian mereka. Jika sesuatu kerja itu dilakukan dengan baik, maka ini bermakna bahawa budak-budak itu boleh menekan butang hijau, yang mana boleh menambah mata kepada akaun “perbelanjaan” mereka. Kesalahan seperti membiarkan pintu belakang rumah terbuka akan dikenakan hukuman iaitu beberapa mata akan ditolak. Oleh sebab mata tertinggi akan diberi ganjaran menarik seperti waktu bermain komputer—manakala kesalahan akan dikenakan penolakan mata keseluruhan—maka anak-anak buah saya sekarang sangat dimotivasikan untuk melakukan tugas mereka dan memastikan agar pintu belakang terus dalam keadaan tertutup!

Membersihkan Rumah

Baru-baru ini, saya bertukar bilik di rumah sewaan saya. Ia mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan, kerana saya tidak mahu hanya memindahkan barangan saya yang kotor dan tidak teratur ke dalam bilik baharu; saya mahu permulaan yang bersih dan rapi. Selepas berjam-jam membuat pembersihan dan pengasingan, banyak beg yang berisi barang telah diletakkan di pintu depan untuk dibuang, diderma, atau dihantar ke pusat kitar semula. Pada akhir proses yang meletihkan ini, saya teruja kerana memiliki sebuah bilik yang indah.

Seseorang Yang Boleh Dipercayai

“Saya tidak dapat mempercayai sesiapa pun,” kawan saya berkata sambil menangis. “Setiap kali saya mempercayai seseorang, mereka melukai hati saya.” Kisahnya membuatkan saya sangat marah, kerana bekas teman lelaki yang dianggapnya benar-benar dapat dipercayai telah mula menyebarkan cerita semenjak mereka memutuskan hubungan. Dia bergelut untuk mempercayai orang lain selepas mengalami zaman kanak-kanaknya yang penuh dengan keperitan, maka pengkhianatan ini menjadi salah satu lagi kepastian bahawa orang lain tidak boleh dipercayai.