Penulis

Lihat semua
Randy Kilgore

Randy Kilgore

Randy Kilgore merupakan pengurus kanan bagi sumber daya manusia lebih daripada 20 tahun sebelum dia pergi ke seminari Alkitab. Sejak dia menghabiskan Sarjana Ketuhanan pada tahun 2000, dia telah melayani sebagai penulis dan pastor upahan perusahaan. Dia menulis mingguan artikel renungan di internet, dan sebahagian karyanya muncul dalam buku Discovery House, Made to Matter: Devotions for Working Christians. Randy dan isterinya, Cheryl mengasaskan Desired Haven Ministries pada tahun 2007 dan bekerja bersama di Massachusetts, tempat yang didiami bersama dua orang anaknya.

Artikel oleh Randy Kilgore

Pengaruh Lembut

Beberapa tahun sebelum Theodore Roosevelt menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-26 (1901-1909), dia dimaklumkan bahawa anak sulungnya, Theodore Jr. telah jatuh sakit. Walaupun anaknya, Ted akan pulih, tetapi punca penyakit anaknya menjadi tamparan besar bagi Roosevelt. Doktor memberitahu bahawa dialah punca bagi penyakit anaknya. Anaknya mengalami “keletihan saraf” atau tidak berdaya dari segi mental setelah ditekan dengan keras oleh Theodore untuk menjadi “pejuang” yang gagah, iaitu impiannya sendiri yang tidak dapat dicapai kerana dia sering jatuh sakit pada zaman kanak-kanak. Setelah mendengar itu, Roosevelt berjanji untuk berlembut kepada anaknya, “Selepas ini saya tidak akan memberikan tekanan kepada Ted lagi, sama ada dari segi tubuh atau minda.”

Gangguan-Gangguan Taktikal

Ketika saya dan isteri saya bekerjasama untuk kali pertama dalam satu projek penulisan, tabiat berlengah-lengah saya dengan jelas telah menjadi penghalang terbesar. Peranannya adalah menyunting kerja saya dan memastikan saya menepati jadual; peranan saya pula seolah-olah membuat dia hilang akal! Pada kebanyakan masa, pengaturan dan kesabaran isteri saya telah mengatasi masalah saya yang tidak menepati tarikh akhir dan tidak mengikuti arahan.

Menantikan Tuhan

Saya duduk bersama dengan sekumpulan penumpang dalam bas yang disediakan oleh lapangan terbang yang mengangkat kami untuk menaiki pesawat sambung kita. Namun, pemandu bas itu menerima perintah untuk “berhenti dan menunggu.” Nampaknya kebanyakan kami akan ketinggalan untuk menaiki penerbangan seterusnya. Seorang penumpang lelaki pun naik angin dan memarahi pemandu bas tersebut, lalu mendesak dia mengabaikan perintah tersebut supaya menerus-kan perjalanan, kerana jika dia enggan, dia akan didakwa. Pada ketika itu, seorang pekerja syarikat penerbangan bergegas menaiki bas itu dan tangannya memegang sebuah beg bimbit. Setelah dia menemui lelaki yang marah tersebut, pekerja ini mengangkat beg bimbit itu dan berkata dengan tercungap-cungap, “Anda telah meninggalkan beg bimbit ini. Saya terdengar betapa pentingnya mesyuarat anda dan tahu mungkin kamu akan memerlukan beg anda.”

Pembaikan Diperlukan

Di rumah kami, kata-kata “pembaikan dan pemasangan” menjadi tekanan besar (bagi saya) dan topik yang lucu (bagi keluarga saya). Apabila isteri saya dan saya baru berkahwin, saya cuba membuat pembaikan yang mudah di rumah kami—dengan hasil yang tidak seberapa baik. Pemegang pancutan air di bilik mandi seharusnya berfungsi dengan baik—tetapi selepas saya membaikinya, air itu terpancur keluar dari retak antara dinding. “Bencana” seperti ini berterusan sehingga kami mempunyai anak. Saya meyakinkan isteri saya, Cheryl, bahawa saya “tidak perlu mengikut buku panduan” dan dapat memperbaiki mainan anak-anak kami dengan “mudah.” Akan tetapi saya silap!

Duta Kasih

Dalam tugas saya sebagai paderi, kadang-kadang ada orang yang bertanya sama ada saya rela memberikan bimbingan rohani kepada mereka. Sememangnya saya gembira untuk meluangkan masa dengan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan, tetapi sering kali saya mendapati bahawa saya yang belajar lebih banyak daripada mengajar orang lain. Hal ini terbukti benar apabila seorang Kristian baru, dengan sikapnya yang jujur berkata kepada saya dengan nada penuh reda, “Saya rasa saya tidak harus membaca Alkitab. Semakin banyak saya membaca tentang apa yang Tuhan ingin saya lakukan, semakin banyak saya menghakimi orang lain yang tidak melakukan apa yang diperintahkan dalam Alkitab.”

Si Tukang Besi dan Sang Raja

Pada tahun 1878, apabila seorang dari Scotland, Alexander Mackay, tiba di Uganda sebagai penginjil, dia terlebih dahulu mendirikan sebuah tempat pertukangan besi di kalangan suku kaum yang diperintah oleh Raja Mutesa. Penduduk kampung yang berkumpul di sekeliling orang asing yang bertukang dengan tangannya berasa bingung kerana semua orang “tahu” bahawa kerja sebegitu adalah untuk wanita. Pada masa itu, para lelaki di Uganda tidak pernah bekerja dengan tangan mereka. Sebaliknya, mereka menyerang kampung lain untuk menawan hamba, lalu menjual hamba tersebut kepada orang luar. Namun, orang asing ini pula bertukang dengan menghasilkan perkakasan pertanian.

Amat Dikasihi

Beberapa tahun yang lalu, pejabat saya terletak di Boston, Amerika Syarikat yang menghadap ke Tanah Perkuburan Granary, tempat perkuburan bagi ramai pahlawan Amerika yang terkenal. Antaranya ialah John Hancock dan Samuel Adams, dua penanda tangan bagi Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat, dan tidak jauh daripada kubur mereka ialah kubur Paul Revere, seorang patriot sewaktu Revolusi Amerika.

Mudahnya Tidak Bersyukur

Thwip, thwap. Thwip, thwap.

Bukan Seorang Banduan Lagi

Seorang lelaki dalam pertengahan umurnya mendekati saya selepas saya mengetuai satu bengkel di tempat kerjanya. Dia bertanya soalan ini: “Saya telah menjadi Kristian hampir seluruh hidupku, tetapi saya sentiasa kecewa dengan diri saya. Kenapa saya seolah-olah selalu melakukan perkara yang saya tidak ingin lakukan, malah rasanya saya tidak pernah melakukan perkara yang saya tahu patut lakukan? Tidakkah Tuhan semakin jemu dengan saya?” Nampaknya dua lelaki yang berdiri di sebelah saya juga tidak sabar untuk mendengar jawapan itu.