Mendengar Dengan Kasih
Pada satu petang Ogos di Vermont, seorang penginjil muda bercakap di gereja kecil kami. Negara yang dilayani oleh dia dan isterinya sering diancam rusuhan agama, malah dianggap terlalu bahaya bagi kanak-kanak. Dalam salah satu ceritanya, dia memberitahu tentang suatu kejadian yang menyayat hati apabila anak perempuannya merayu agar dia tidak ditinggal-kan di sebuah sekolah berasrama penuh.