Archives: Penulis

Amy Boucher Pye

Amy Boucher Pye ialah seorang penulis, editor dan pemidato. Sebagai penulis bagi buku Finding Myself in Britain: Our Search for Faith, Home, and True Identity, dia juga menguruskan kelab buku dalam talian, Woman Alive. Kini dia tinggal bersama suaminya yang merupakan pastor dan keluarga-Nya di United Kingdom.

Jaime Fernández Garrido

Dr. Jaime Fernández Garrido ialah pengarah bagi program penginjilan radio dan televisyen Born Again (Lahir Baru). Dia juga seorang penulis bagi banyak buku, dan telah menggubah lebih daripada 400 ratus buah nyanyian puji-pujian dan korus.

Shelly Beach

Shelly Beach ialah seorang penulis bebas, pemidato dan penulis bagi banyak buku, termasuklah Ambushed By Grace; Precious Lord, Take My Hand; It Is Well with My Soul; dan novel yang memenangi Anugerah Christy pada tahun 2008, Hallie's Heart. Dia juga pengasas bagi Bengkel Penulis Kristian Cedar Falls di Cedar Falls, Iowa. Shelly dan suaminya, Dan serta dua orang anak mereka tinggal di Sparta,…

Keila Ochoa

Keila Ochoa dan penulisan pertamanya akan diperkenalkan dalam artikel bulan Mac. Keila dan suaminya tinggal di Mexico dan mereka mempunyai dua anak kecil. Dia juga terlibat dalam bahagian pelatihan bagi penulis dari seluruh dunia bagi Media Associates International. Dia juga telah menulis beberapa buku.

Lawrence Darmani

Lawrence Darmani ialah seorang penulis novel berbangsa Ghana. Novel pertamanya, Grief Child, telah memenangi Anugerah Penulis Komanwel, buku pertama dari Afrika yang mendapat anugerah karya terbaik. Dia seorang editor bagi majalah Step dan pengarah bagi Step Publishers. Dia dan keluarganya tinggal di Accra, Ghana

Vernon C. Grounds

Dr. Vernon C. Grounds, penulis Our Daily Bread pergi bersama Tuhan pada 12 September 2010, pada usia 96. Dia telah menulis lebih daripada 500 artikel bagi penerbitan tahun 1993 hingga 2009.

Sebagai bekas presiden canselor bagi Seminari Denver, Dr. Grounds juga mempunyai pelayanan yang meluas dalam khutbah, pengajaran, dan kaunseling. Dia dikenang oleh ramai kerana kebijaksanaan dan teladannya yang salih.