Jennifer Benson Schuldt

Jennifer Benson Schuldt

Jennifer Benson Schuldt telah menulis secara profesional sejak tahun 1997 apabila dia menamatkan pelajaran dari Universiti Cedarville dan memulakan kerjayanya sebagai penulis teknikal. Kini dia seorang penulis dan pengurus blog bagi laman web Our Daily Journey, dan penyumbang artikel bagi Our Daily Bread. Jennifer tinggal di kawasan pinggir bandar Chicago bersama dengan suaminya, Bob, dan dua orang anak mereka. Apabila dia tidak menulis atau mempunyai pelayanan di rumah dan di gereja, dia suka melukis, membaca sajak dan cerita fiksyen, serta berjalan sebagai senaman bersama-sama keluarganya. Salah satu ayat Alkitab kegemarannya ialah Mikha 6:8, “Perkara yang dituntut oleh Tuhan daripada kita adalah supaya kita berlaku adil, selalu mengamalkan kasih, dan dengan rendah hati hidup bersatu dengan Allah kita.”