Julie Ackerman Link

Julie Ackerman Link

Julie Ackerman Link ialah salah seorang pengasas bagi Blue Water Ink, sebuah syarikat yang memberi perkhidmatan dalam penulisan, penyuntingan, seni reka bentuk dan pengaturan huruf. Dia telah menyunting beratus-ratus buah buku, termasuklah banyak buku terbitan Discovery House Publishers. Dia juga menulis untuk Our Daily Bread sejak tahun 2000 dan merupakan penulis bagi buku Above All, Love: Reflections on the Greatest Commandment. Julie suka menyertai kegiatan di luar dan mengambil masa untuk berkongsi perbualan yang bermakna dengan kawan-kawannya. Julie dan suaminya, Jay, melibatkan diri dalam pelayanan di gereja mereka.

 

Selepas berjuang agak lama dengan penyakit barah, Julie telah kembali kepada Tuhan pada 10 April 2015. Sejak tahun 2005, dia telah menulis artikel untuk Our Daily Bread setiap bulan. Dia merupakan seorang penulis yang disukai oleh pembaca Our Daily Bread, dan artikelnya yang memberikan kefahaman dan ilham yang mendalam telah menyentuh berjuta-juta jiwa di seluruh dunia ini.