Marion Stroud

Marion Stroud

Marion Stroud tinggal di Bedford, England. Dia seorang penulis yang buku-bukunya berdasarkan hidup sebenar dan kebanyakan buku ini telah diterjemahkan kepada banyak bahasa. Dia bekerja sebagai pelatih silang budaya bagi Media Associates International, menolong para penulis lain di Eropah Timur dan tempat-tempat yang menghadapi halangan secara rohani, agar mereka boleh menulis buku yang berdasarkan budaya mereka. Dia telah menulis buku-buku doa yang terkenal Dear God, It’s Me and It’s Urgent dan It’s Just You and Me, Lord untuk Discovery House Publishers. Dengan 5 orang anak dan 16 anak-anak cucu, dia berkata, “Aku mempunyai banyak pengalaman hidup yang boleh digunakan dalam penulisan bagi Our Daily Bread,” yang dia mula menyumbang artikel mulai September 2014.

Dalam Peringatan

Selepas berjuang dengan penyakit kanser, Morion Stroud kembali kepada Penyelamat pada 8 Ogos 2015. Sejak tahun 2014, Marion telah menulis artikel-artikel renungan untuk Our Daily Bread yang telah menyentuh kehidupan ramai pembaca di seluruh dunia. Dia ialah seorang penggalak dan teladan bagi para penulis sepanjang tahun-tahun ini. Bersama dengan Gordon, iaitu suami Marion, lima orang anak, enam belas cucu, dan ramai kawan lagi dari seluruh dunia, kita meratapi kepergiannya, dan berharap suatu hari kelak kita akan berjumpa lagi.