Mart DeHaan

Mart DeHaan

Mart DeHaan, cucu kepada pengasas Our Daily Bread Ministries, Dr. M. R. DeHaan, dan anak bagi bekas presiden, Richard W. DeHaan, telah melayani pelayanan ini selama 45 tahun. Mart sering kedengaran berkongsi dalam program radio Discover the Word dan dilihat muncul dalam televisyen Day of Discovery. Mart juga seorang penulis bagi banyak buku Siri Bimbingan, dan kolum bulanan tentang isu-isu semasa yang bertajuk “Been Thinking About.” Dia dan isterinya, Diane mempunyai dua orang anak. Mart suka meluangkan masa di luar, terutamanya memancing ikan.