"Dia tidak ada di sini; Dia sudah bangkit!" (Lukas 24:6)
Kita merayakan Paska sekali dalam setahun. Suatu perayaan yang dirayakan bersama oleh orang Kristian sebagai salah satu cara mengingat kembali akan kematian dan kebangkitan Yesus. Namun, pada tahun ini, kita tidak dapat berkumpul di gereja untuk merayakan Paska bersama kerana penularan Covid-19 di seluruh dunia. Walaupun begitu, ini tidak menghalang kita untuk tetap merenungkan maksud kematian dan kebangkitan Yesus.
Di sebalik tema “Dia Bangkit!” ini terdapat cerita yang menyayat hati namun memberi sukacita terbesar bagi semua orang yang percaya kepada Yesus. Kebangkitan Yesus bermula dengan kisah Bapa menghantar Anak-Nya ke dunia, menjadi manusia biasa yang diseksa dan disalibkan sehingga mati. Kemudian dikuburkan seperti manusia biasa, namun pada hari ketiga Dia bangkit!
“Dia tidak ada di sini; Dia sudah bangkit! Ingatlah akan apa yang telah dikatakan-Nya kepada kamu sewaktu Dia di Galilea: Anak Manusia mesti diserahkan kepada orang berdosa, lalu disalibkan, dan bangkit pada hari ketiga.’” (Lukas 24:6-7)
"Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab. Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula." (1 Korintus 15:3-4)
Kebangkitan Yesus adalah asas kepada iman Kristian. Tanpa asas ini, kita tidak akan mempunyai harapan dalam kehidupan ini mahupun kehidupan yang akan datang. Iman kita berfokus kepada Yesus - Kematian-Nya, Penguburan-Nya, dan Kebangkitan-Nya. Hanya iman seperti ini yang akan memberi keselamatan dan penghiburan, dan ia memberi kita keyakinan bahawa kita akan hidup selama-lamanya di Syurga. Oleh itu, dalam menghadapi krisis pandemik Covid-19 ini, mari kita alihkan pandangan dan fokus kita kepada harapan yang diberikan melalui kebangkitan Yesus.
Anda mungkin sedang mencari alasan untuk mempercayai bahawa Yesus benar-benar telah bangkit. Mari bersama kami meneroka kepada 10 alasan ini.
Kematian-Nya memberikan pengampunan, Kebangkitan-Nya memberikan kemenangan. Selamat menyambut hari Paska semua umat Kristian.
Ikuti siri video renungan Paska yang bermula pada 10-12 April 2020. Selamat menyambut hari Paskah kepada semua umat Kristian, Tuhan memberkati. |
Yesus telah mati bagi kita. Dia telah memberikan hidup-Nya bagi kita. Cerita salib semuanya tentang Yesus yang telah mengorbankan diri-Nya kepada kita agar kita memperoleh kehidupan yang kekal. |
Yesus pernah mati secara fizikal dan dikuburkan. Namun dia bangkit kembali selepas tiga hari dalam kuburan. Yesus membuktikan bahawa kuburan atau kematian fizikal hanya "persinggahan sementara" sebelum menuju kekekalan. |
S'bab Dia hidup, ada hari esok Sbab Dia hidup ku tak gentar Ker'na ku tau Dia pegang hari esok Hidup jadi bererti s'bab Dia hidup Mari rayakan kebangkitan Yesus dalam kehidupan kita pada hari ini dan setiap masa dalam kehidupan kita. |