Keluarga Kedua: Membentuk Generasi Beriman
Memimpin dengan Kasih, Membina dengan Iman
Menabur dalam Komuniti Asrama
Bawa bahan-bahan ini kepada mereka
Berdoalah bersama kami
Mari berdoa bersama-sama untuk bahan-bahan, tenaga kerja, pengeluaran, dan keperluan kewangan bagi projek ini.
Fokus Pelayanan Terbaru
Siri ini menyentuh topik-topik penting yang sering ditanyakan oleh jemaah, khususnya orang percaya baharu. Siri ini terdiri daripada 10 buku:
- Siapakah Tuhan?
- Alkitab
- Identiti & Penyelamatan
- Penyembahan & Kehidupan Peribadi Pengikut Kristus
- Apakah itu Gereja?
- Pelayanan Pengikut Kristus
- Perkahwinan, Keluarga & Anak-Anak
- Kehidupan Komuniti, Kerajaan dan Undang-Undang
- Dunia Roh & Peperangan Rohani
- Akhirat & Kerajaan Allah
Buku ini dilengkapi dengan soalan-soalan Alkitab, kajian kes dan soalan berbentuk respons peribadi untuk membantu kita lebih memahami topik yang disampaikan. Pada akhir setiap bab terdapat ayat hafalan sebagai kesimpulan pelajaran dan mendorong kita mengingati firman Tuhan. Melalui siri pemuridan ini, semoga kita berakar kuat dalam Kristus sehingga kita dapat bertumbuh dan berbuah dengan subur, serta menjadi matang dalam-Nya. Layari laman web kami, hubungi kami melalui malaysia@odb.org atau WhatsApp ke (+60) 12-3371718 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri ini.
Atlas Alkitab yang pertama dalam Bahasa Malaysia kini boleh diperolehi!
Alkitab sangat unik kerana ia sangat kerap menyebut tentang geografi. Apabila kita mengambil perhatian tentang perincian geografi ini, kita akan menyedari tentang kepentingan peranan yang dimainkan oleh geografi dalam membentuk beberapa peristiwa bersejarah pada zaman Alkitab. Yang pentingnya buku ini boleh membantu para pembaca agar tidak keliru apabila membaca bahagian geografi dalam Alkitab, serta memperoleh pemahaman yang lebih mendalam. Dalam buku ini, kita akan belajar tentang dua hal penting:
- Geografi sejarah, kajian tentang bagaimana geografi membentuk peristiwa-peristiwa.
- Geografi sastera, kajian tentang bagaimana geografi yang disebut dalam Alkitab membentuk para pembaca.
Ribuan kanak-kanak dan remaja di Sabah dan Sarawak tinggal di asrama seawal usia 7 tahun kerana keperluan pendidikan dan faktor lain. Asrama menjadi keluarga kedua mereka, namun keperluan untuk membekalkan bimbingan rohani dan bahan pembelajaran iman amat mendesak. Kami percaya, setiap kita ada peranan dalam perkara ini.
Oleh itu, mulai 1 Jun 2025, kami melancarkan kempen Keluarga Kedua untuk mengumpul dana sebanyak RM500,000 bagi:
- Menyediakan bahan rohani BM bercetak & digital untuk pelajar, warden, dan gereja.
- Mengadakan 30 sesi lawatan & perkongsian di gereja-gereja Malaysia.
- Menganjurkan 4 bengkel latihan untuk komuniti asrama dan ibu bapa.