full-bg-image-1
full-bg-image-2
full-bg-image-3

Menabur Benih yang Mengubah Kehidupan

Sejak penubuhan pada tahun 1995, Pelayanan Our Daily Bread telah mengedarkan banyak makanan rohani. Kami sudah mengedarkan beribu-ribu naskhah Pedoman Harian kepada pembaca. Kami juga telah menjangkau 165,000 pembaca bahasa Inggeris dan 109,000 pembaca bahasa Cina setiap tahun.

Menyebarkan Kebenaran Melalui Digital

Kami juga telah berkongsi renungan harian dan bacaan rohani yang lain seperti bahan renungan Paska, Krismas, kesihatan mental, doa, dan renungan keluarga melalui laman web, Facebook, Instagram, aplikasi, WhatsApp, dan e-mel.

Memperkaya Bahan-Bahan BM

Kami sedang berusaha untuk menulis, menterjemah, dan menghasilkan lebih banyak bahan dalam BM. Derma anda akan membantu kami membekalkan bahan-bahan yang sesuai kepada gereja tempatan dan organisasi Kristian.

Fokus Pelayanan Terbaru

Siri Pemuridan

Siri ini menyentuh topik-topik penting yang sering ditanyakan oleh jemaah, khususnya orang percaya baharu. Siri ini terdiri daripada 10 buku:

  • Siapakah Tuhan?
  • Alkitab
  • Identiti & Penyelamatan
  • Penyembahan & Kehidupan Peribadi Pengikut Kristus
  • Apakah itu Gereja?
  • Pelayanan Pengikut Kristus
  • Perkahwinan, Keluarga & Anak-Anak
  • Kehidupan Komuniti, Kerajaan dan Undang-Undang
  • Dunia Roh & Peperangan Rohani
  • Akhirat & Kerajaan Allah

Buku ini dilengkapi dengan soalan-soalan Alkitab, kajian kes dan soalan berbentuk respons peribadi untuk membantu kita lebih memahami topik yang disampaikan. Pada akhir setiap bab terdapat ayat hafalan sebagai kesimpulan pelajaran dan mendorong kita mengingati firman Tuhan. Melalui siri pemuridan ini, semoga kita berakar kuat dalam Kristus sehingga kita dapat bertumbuh dan berbuah dengan subur, serta menjadi matang dalam-Nya. Layari laman web kami, hubungi kami melalui malaysia@odb.org atau WhatsApp ke (+60) 12-3371718 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri ini.

Atlas Alkitab

Atlas Alkitab yang pertama dalam Bahasa Malaysia kini boleh diperolehi!

Alkitab sangat unik kerana ia sangat kerap menyebut tentang geografi. Apabila kita mengambil perhatian tentang perincian geografi ini, kita akan menyedari tentang kepentingan peranan yang dimainkan oleh geografi dalam membentuk beberapa peristiwa bersejarah pada zaman Alkitab. Yang pentingnya buku ini boleh membantu para pembaca agar tidak keliru apabila membaca bahagian geografi dalam Alkitab, serta memperoleh pemahaman yang lebih mendalam. Dalam buku ini, kita akan belajar tentang dua hal penting:

  1. Geografi sejarah, kajian tentang bagaimana geografi membentuk peristiwa-peristiwa.
  2. Geografi sastera, kajian tentang bagaimana geografi yang disebut dalam Alkitab membentuk para pembaca.

Derma

`

DERMA ANDA

BUTIR PERIBADI ANDA

Jika anda menerima bahan-bahan daripada kami melalui mel, Nombor Keahlian anda adalah 10 digit nombor yang dicetak pada label alamat (di atas nama anda)

MEMBERI SECARA KONSISTEN

Dengan memilih ini, anda telah bersetuju untuk menderma kepada pelayanan Our Daily Bread secara berulang dengan jumlah pilihan anda. Kad kredit anda akan ditolak berdasarkan pilihan pelan Pembayaran Berulang anda.

DERMA ANDA

BUTIR PERIBADI ANDA

Jika anda menerima bahan-bahan daripada kami melalui mel, Nombor Keahlian anda adalah 10 digit nombor yang dicetak pada label alamat (di atas nama anda)

E-wallet

Sila imbas Kod QR di atas:

Sila hantar nama dan maklumat tentang sumbangan anda kepada kami ke malaysia@odb.org atau WhatsApp ke 012-3371718. Tuhan memberkati.

Sila imbas Kod QR di atas:

Sila hantar nama dan maklumat tentang sumbangan anda kepada kami ke malaysia@odb.org atau WhatsApp ke 012-3371718. Tuhan memberkati.

Pembayaran atas Talian

1. Cek – Bayar kepada: “Our Daily Bread Berhad”

Sila kirim ke: PO Box No. 86 Taman Sri Tebrau 80057 Johor Bahru, Johor, Malaysia

2. Pembayaran atas Talian

Akaun Maybank: 501271028662

Akaun CIMB: 8006187489

Sila hantar resit pembayaran, disertakan nama penuh anda dan 10 digit nombor keahlian anda (jika ada) kepada kami ke malaysia@odb.org atau WhatsApp ke 012-3371718

Soalan Lazim

Semua derma yang diberikan kepada Our Daily Bread Ministries tiada pelepasan cukai.
Hanya kad Visa dan MasterCard dapat diterima
Selepas anda menderma, anda akan melihat pengesahan yang anda sendiri boleh cetak dan simpan. Anda juga akan menerima satu resit rasmi daripada kami dalam tempoh 2 minggu selepas pendermaan anda. Anda juga boleh menghubungi kami untuk menerima E-resit.
Ya, selamat. Pemprosesan derma anda akan dibuat melalui perkhidmatan iPay88. Sistem iPay88 Payment Gateway menggunakan Keselamat 3-D dan protokol yang disediakan oleh VISA dan MasterCard. Keselamatan 3-D ini merupakan satu protokol yang berfungsi sebagai satu lapisan tambahan untuk keselamatan membuat transaksi kad kredit dan debit atas talian. Transaksi kad kredit/debit melalui iPay88 akan diarah ke laman web bank pengeluaran kad untuk mengizinkan transaksi atas talian anda. Keizinan adalah dibekalkan oleh pemilik kad dengan memasukkan kata laluan sekali (one time-password, OTP)
Jika jawapan bagi soalan anda tidak tersedia di sini, anda boleh menghubungi kami melalui malaysia@odb.org atau WhatsApp ke (+60) 12-3371718.