Ketagihan bukan sahaja terhad kepada dadah terlarang atau mengambil alkohol yang berlebihan. Contoh-contoh lain adalah seperti: Mary tidak dapat berhenti mengambil makanan. Bill tidak dapat berhenti daripada melihat gambar-gambar pornografi. Carla tidak dapat berhenti bermain bingo di atas talian. Senarai ketagihan adalah sangat panjang.
Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini? Adakah ia sekadar tabiat buruk, ataupun sesuatu yang lebih serius? Apakah yang diperlukan agar terjadinya perubahan? Adakah kita akan pulih sepenuhnya, dan berapakah jangka masa yang diperlukan?
Dalam buku kecil ini, kita akan meneliti apa itu ketagihan, bagaimana ia meninggalkan kesan dalam hidup kita dan mengapa adanya harapan untuk kita semua.