Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya?

Adakah anda bercakap dengan Tuhan? Adakah anda meluahkan masalah anda kepada-Nya dan meminta pertolongan daripada-Nya? Ramai orang berasa bahawa perbuatan ini tidak berguna. Jika anda pernah meminta sesuatu daripada Tuhan tetapi tidak mendapat sebarang jawapan, mungkin anda berfikir bahawa Tuhan tidak wujud. Namun, sekiranya Tuhan memang wujud, anda berfikir bahawa Dia tidak mempedulikan anda.

Anda mungkin terkejut apabila mendapat tahu bahawa dalam Alkitab, terdapat ramai orang juga mengalami isu yang sama. Sebagai contoh, Mazmur 77, doa yang ditulis oleh seorang lelaki bernama Asaf. Dalam doa ini, kita melihat Asaf hampir berputus asa kerana Tuhan seolah-olah tidak mempedulikannya. Tetapi pada akhir doa itu, Asaf berubah daripada keadaan yang berputus harapan sehingga menjadi semakin percaya kepada Tuhan. Bagaimanakah itu mungkin berlaku? Kita akan melihat dengan lebih mendalam tentang doa ini untuk mendapatkan jawapannya.