Ramai orang mendapati bahawa pada saat-saat sukar kehidupan kita, kawan-kawan yang terpenting bagi kita ialah mereka yang telah mengharungi situasi yang sama dengan kita.
Inilah sebabnya kami ingin berkongsi cerita tentang seorang kawan yang telah mengalami kesusahan ketika kehilangan pekerjaan, bukan sahaja melalui perspektif daripada seorang penasihat dalam bidang pengurusan dan kaunselor, malahan juga pergelutan ketika struktur operasi di syarikatnya mengalami penyusunan semula.
Seterusnya, kawan dan rakan sekerja saya, Chuck Fridsma akan berkongsi pengalamannya di tempat kerja, kehilangan pekerjaan dan iman. Kami berharap agar buku ini akan menjadi bantuan bagi anda atau orang yang terdekat dengan anda.
-Martin De Haan