Kami telah menerima berita yang amat sedih bahawa Pastor Stemmah Sariau telah kembali kepada Tuhan pada pagi 18hb November 2015. Takziah diucapkan kepada Pastor Richard Samporoh dan tiga orang anak mereka, Lenny Lysandra, Kenny Kevin & Esther Rimah bagi kehilangan ini.
Pedoman Harian mula-mula diperkenalkan pada tahun 1997, dan ini adalah usaha terjemahan oleh Pastor Stemmah dan Pastor Annie Tuah. Sejak itu, dia telah giat melibatkan diri dalam pelayanan ini dengan memegang jawatan sebagai Editor Urusan.
Kerinduan Pastor Stemmah adalah melihat kaumnya, Kadazan-Dusun, dan kumpulan-kumpulan etnik lain boleh mengenal Tuhan dengan lebih mendalam melalui bahan-bahan cetakan.
Di bawah bimbingannya, sekumpulan penterjemah dan editor yang muda telah bangkit untuk melibatkan diri dalam pelayanan bahasa. Baru satu minggu yang lalu, dia telah memimpin satu bengkel penyuntingan dan penterjemahan di Asian Centre for Mission, yang terletak di Seminari Teologi Sabah.
Kami bersyukur kepada Tuhan bagi kehidupan dan pelayanan Pastor Stemmah yang setia di gereja-gereja Malaysia; baik dalam penterjemahan Alkitab Bahasa Dusun dan Bahasa Malaysia, dan banyak lagi peranannya dalam Sidang Injil Borneo dan Our Daily Bread Ministries. Begitu banyak pusaka yang bernilai dan berkekalan yang ditinggalkannya di kalangan umat Kristian.
Kami berasa sungguh keberatan hati atas pemergian Pastor Stemmah, namun kita boleh terhibur dalam Tuhan yang Maha Tahu dan Dia yang berdaulat atas segala kebaikan bagi anak-anak-Nya.
Saudari dan rakan seperjuangan kita yang dikasihi, semoga anda rehat dalam hadirat Penyelamat dan Tuhan kita, Yesus Kristus.
Berharga di mata TUHAN kematian semua orang yang dikasihi-Nya (Mazmur 116:15, Alkitab TB).
Maklumat upacara peringatan:
19/11/2015 (Khamis), 7:30p.m.
Alamat: 22, Jln SS 20/7, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya
Info terkini berkaitan penghantaran jenazah mendiang Ps Stemmah:
20/11/2015 (Jumaat) jenazah akan tiba di airport KKIA pada jam 9:00p.m. dan terus dihantar ke Tiong Hwa Parlour.
21/11/2015 (Sabtu) Memorial service akan diadakan di Tiong Hwa pada jam 9:00a.m.. Selepas memorial service, jenazah terus dibawa ke kg Bahab dan akan berada di rumah kediaman mendiang sepanjang petang dan malam.
22/11/2015 (Ahad) Jenazah akan dibawa ke gereja SIB Bahab untuk memorial service terakhir. Setelah acara selesai, jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan Tombulaung.
Sila hubungi Penatua Kushan Keridau (0198107771) untuk maklumat lanjut.