Risalah Injil Natal

Gospel Tract PDF

Versi digital

Ini adalah risalah penginjilan yang anda boleh gunakan untuk berkongsi Berita Baik dengan seseorang. Semoga risalah ini menjadi alat yang berguna untuk anda memulakan perbualan. Sila ambil perhatian: Kami akan menghantar pautan untuk memuat turun versi digital ke alamat e-mel anda. Tempoh sah pautan muat turun tersebut adalah sebulan dari tarikh pendaftaran.

Cara Pengunaan

Bila boleh digunakan?

  • Semasa perayaan Natal, ketika berkumpul dengan keluarga dan rakan, sambil bertukar hadiah.
  • Semasa melawat seseorang dan mahu membawa Berita Baik.
  • Apabila anda mahu menjemput saudara-mara, rakan, atau rakan sekerja yang belum percaya ke perayaan Natal.
  • Selepas acara gereja, konferensi, atau pertemuan kumpulan kecil.
  • Atau pada bila-bila masa yang sesuai, apabila anda rasa mahu berkongsi.

Bagaimana caranya?

  • Versi digital: Isi borang dan muat turun versi digital, kemudian kongsikan kepada rakan, keluarga, rakan sekerja, atau dengan gereja anda.
  • Contoh ayat pembuka kata:
    • “Ini hadiah kecil yang saya suka sebab ada cerita ringkas tentang Natal di dalamnya. Natal bukan sekadar cuti, saya harap ini membawa berkat untuk kamu juga.”
    • “Natal ada banyak hadiah, tapi saya rasa ini yang paling bermakna. Saya nak kongsikan dengan kamu.”

Ingat:

  • Jangan rasa tertekan atau perlu pandai bercakap dan panjang. Cukuplah berkongsi dengan jujur dan ikhlas.
  • Risalah ini hanyalah alat. Tugas kita adalah berkongsi, dan selebihnya biarlah Tuhan yang bekerja.