Kenapa masih perlu datang ke gereja?

 

Walaupun gereja masih tidak dibenarkan beroperasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, dan ramai gereja harus mengadakan ibadah secara online. Adakah kamu pernah memikirkan soalan seperti, sekiranya kita boleh beribadah secara online, malah boleh beribadah pada bila-bila masa, mengapakah umat Kristian perlu berkumpul lagi? Kami menjemput Ps Edmund Kumar yang melayani di kalangan banduan untuk berkongsi jawapannya:

 

Banyak orang berkata bahawa mereka boleh beribadah di rumah sahaja; mereka tidak perlu pergi ke gereja untuk beribadah kerana Tuhan ada di mana-mana sahaja; atau mereka tidak mahu ke gereja kerana “dihakimi”, “difitnah” dan “dikritik” oleh pengkhutbah. Sekarang saya mahu balas beberapa alasan yang diberi oleh orang Kristian dan menegaskan keuntungan pergi ke gereja untuk beribadah.

 

  1. Beribadah di rumah sahaja bukan norma Gereja Tuhan Yesus.

    Baik dalam sejarah mahupun pada masa kini. Mungkin untuk musim-musim tertentu perlu ada pengasingan (contohnya musim pandemik sekarang), atau kerana sakit, kecacatan, atau memang sudah uzur. Untuk alasan-alasan itu seseorang Kristian bolehlah dikecualikan daripada pergi ke gereja untuk beribadah.

    “Selagi saya masih boleh merangkak ke gereja, saya akan pergi.”

    Pastor Bill Wilson, seorang pastor dari Brooklyn, New York, dengan jemaah kanak-kanak seramai 200,000 orang seminggu berkata demikian dalam semua cawangannya: “Selagi saya masih boleh merangkak ke gereja, saya akan pergi.” Saya selalu memberitahu jemaah saya di penjara: “Waktu di luar dulu, biarpun gereja ada di seberang jalan, kamu tidak sanggup pergi. Tapi kalau ada pertandingan bola di kampung sebelah, sanggup kamu jalan kaki 1 jam untuk main.” “Saya boleh beribadah di rumah sahaja” hanyalah alasan lain untuk MALAS.

  2.  

  3. Beribadah di rumah sama dengan beribadah di gereja kerana Tuhan Maha Hadir.

    Ini alasan sambungan daripada alasan di atas. Untuk membela diri, mereka ungkit ke-Maha-Hadiran” Tuhan. Memang Tuhan Maha Hadir dan boleh ditemukan di mana-mana sahaja.

    Tuhan yang Maha Hadir menjadi manusia dan berjalan di atas bumi, bersama-sama dengan 12 murid. Dia tidak berjalan seorang diri; dalam kesedihan dan pergelutan, Dia mengharapkan sokongan doa daripada murid-murid-Nya juga

    Tetapi mereka silap dalam fahaman—Tuhan yang Maha Hadir menjadi manusia dan berjalan di atas bumi, bersama-sama dengan 12 murid. Dia tidak berjalan seorang diri; dalam kesedihan dan pergelutan, Dia mengharapkan sokongan doa daripada murid-murid-Nya juga (di Taman Getsemani). Macam mana pula kita, manusia fana, mahu menganggap bahawa kita boleh jadi pulau dan berjaya dalam kehidupan rohani? Mereka yang beribadah di rumah kerana Tuhan Maha Hadir, saya mahu tahu adakah mereka benar-benar beribadah atau hangat main PUBG & TikTok?

  4.  

  5. Beribadah di gereja menimbulkan kritikan, “fitnah” dan sikap menghakimi daripada orang lain.

    Kalau betul, apa yang sering dihuraikan sebagai kritikan, fitnah dan menghakimi sebenarnya adalah teguran untuk memperbaiki sikap, fesyen, gaya dan perangai.

    Apa yang sering dihuraikan sebagai kritikan, fitnah dan menghakimi sebenarnya adalah teguran untuk memperbaiki sikap, fesyen, gaya dan perangai.

    Apabila kita ditegur (ada kalanya terlalu tegas), ada yang menganggap semua orang sedang bercakap buruk tentang diri mereka atau memfitnah mereka. Memang ada masanya orang yang tidak mengenal kita membuat penilaian luaran yang salah. (Saya juga sering dinilai demikian oleh orang lain: Kata mereka saya jenis yang serius dan garang … biasanya kerana misai dan hidung saya 🤷‍♂). Tetapi teguran dan sikap menghakimi yang sering dirasakan oleh orang di gereja timbul kerana mereka memang tak mahu berubah dan pantang ditegur! Apabila ego mereka tertikam oleh teguran, mereka melalak bahawa mereka dianiayai. Kemudian mereka menghilangkan diri dari gereja. Alkitab ada menjelaskan keadaan orang yang seperti itu: “Musuh-musuh Kristus itu sebenarnya tidak termasuk dalam golongan kita (Kristian), itulah sebabnya mereka meninggalkan kita. Jika mereka termasuk dalam golongan kita, tentu mereka tetap bersama-sama kita. Tetapi mereka meninggalkan kita, supaya nyata bahawa tidak seorang pun antara mereka yang benar-benar termasuk dalam golongan kita (Kristian atau Gereja)” (1 Yohanes 2:19).

 

Beribadah bersama-sama jemaah yang lain di gereja adalah salah satu cara hidup orang Kristian. Kita merupakan anggota jemaah yang terdiri daripada orang-orang yang berdosa tetapi telah diampuni dan diselamatkan oleh rahmat Tuhan Yesus.

Beribadah bersama-sama jemaah yang lain di gereja adalah salah satu cara hidup orang Kristian. Kita merupakan anggota jemaah yang terdiri daripada orang-orang yang berdosa tetapi telah diampuni dan diselamatkan oleh rahmat Tuhan Yesus.

Dalam komuniti Kristian ini, kita belajar untuk berkongsi apa yang kita miliki dengan orang lain, saling mendoakan dan mendorong dalam satu iman, untuk berkongsi sukacita mahupun menangis bersama-sama dengan anak-anak Tuhan yang lain. Kamu tidak dapat mengalami hal seperti ini jika kamu dan keluarga membuat keputusan untuk berjalan sendirian tanpa komuniti besar Kristian ini (gereja). Adalah sangat tidak logik jika kamu mengatakan bahawa kamu adalah sebahagian daripada anggota tubuh Kristus tetapi kamu tidak mahu beribadah di gereja bersama dengan komuniti Kristian yang lain.

 

Firman Tuhan juga berkata “Janganlah kita hentikan kebiasaan berkumpul bersama-sama, seperti yang dilakukan oleh beberapa orang saudara. Sebaliknya lebih-lebih lagi kita harus menggalakkan satu sama lain, kerana kita tahu bahawa tidak lama lagi Tuhan akan datang” (Ibrani 10:25).

 

Pergilah ke gereja. Jangan beri alasan. Apa faedahnya? Seperti kamu mandi setiap hari dan makan setiap hari, demikian juga pergi ke gereja memberi peluang untuk pengakuan dan pengampunan dosa (oleh firman Tuhan) dan kamu dikenyangkan oleh kebenaran. Selain itu, pergi ke gereja juga mendorong kita hidup dekat dengan Yesus dan tetap mengikut Dia sebagai Penyelamat.

 


Tentang penulis
Pastor Edmund Kumar ialah Pengarah Ibadah Penjara di Persatuan Penjara Malaysia (Sabah). Dia sudah berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan. Dia juga seorang penulis buku Kristian dan sudah menulis beberapa naskah antaranya Jelajah Cinta dan Pengembaraan Cinta.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai Pastor Edmund Kumar dan buku-bukunya, boleh melawat di https://www.facebook.com/edkumar2018/ dan https://www.facebook.com/edkumar2018/posts/855621454964694

 

 

read_more