“Padi Berkat Tuhan”

Pesta Kaamatan dan Gawai Dayak sudah dirayakan sejak zaman nenek moyang kita di Sabah dan Sarawak. Kaamatan dan Gawai Dayak wujud atas kepercayaan bahawa Huminodun anak kepada Kinorohingan (Sabah) dan Petara (Sarawak) telah memberikan mereka padi sebagai makanan utama. Pesta ini disambut setiap tahun demi menjaga ‘semangat’ padi serta berterima kasih kepada tuhan-tuhan tersebut.

Tetapi benarkah tuhan-tuhan inilah yang memberikan rezeki kepada mereka? Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta seisinyalah yang seharusnya layak menerima pengucapan syukur ini kerana “Bumi ini milik Tuhan dengan segala yang di dalamnya, dunia dan semua penghuninya; kerana Dia telah mengasaskannya di atas lautan dan menegakkannya di atas perairan.” (Mazmur 24:1-2). Dialah Tuhan yang telah memberkati kita dengan tanah yang luas dan pelbagai jenis benih khususnya padi. Disebabkan oleh “Padi Berkat Tuhan,” kita masih dapat menikmati “Kaamatan dan Gawai” sehingga hari ini.

Apapun tujuan pesta ini diadakan, setiap orang Kristian mempunyai alasan dan tujuan yang benar untuk merayakannya – memuji, menyembah dan bersyukur kepada Tuhan Pencipta.

Ikuti rancangan pembacaan 5 hari, sempena Perayaan Kaamatan dan Gawai Dayak 2019. Mari dekatkan lagi diri kita kepada Tuhan. Merayakan pesta ini dengan sikap dan hati yang benar sambil merenungkan nilai kerohanian yang terdapat dalam perayaan ini.


Hari Ke-1: Penuaian Dan Kesyukuran


《Hari Ke-1: Penuaian Dan Kesyukuran》

Pesta Kaamatan dan Gawai akan menjelang tiba. Bagaimanakah anda dan sekeluarga merayakan pesta ini? Orang-orang Kristian mempunyai cara tersendiri untuk merayakan pesta ini dan sudah tentu berbeza dengan cara dunia – dengan berfokus kepada Allah Pencipta. Sempena Hari Kaamatan dan Gawai 2019, anda dan sekeluarga boleh merayakannya dengan lebih bermakna dengan mengikuti rancangan pembacaan 5 hari di pautan ini … Mari bersama-sama renungkan padi berkat Tuhan dan naikkan ucapan syukur kita kepada Tuhan Pencipta.



 Hari Ke-2: Segala Sesuatu Tentang Bersyukur


《Hari Ke-2: Segala Sesuatu Tentang Bersyukur》

Bagaimanapun cara orang lain merayakan Kaamatan dan Gawai, kita sebagai pengikut Kristus mempunyai keistimewaan dan tanggungjawab untuk meluaskan semangat kesyukuran pada setiap hari sepanjang tahun. Tuhan layak menerima penyembahan, pujian dan kesyukuran kita setiap hari sepanjang tahun, bukan hanya pada hari Kaamatan dan Gawai.



Hari Ke-3: Bersyukurlah


《Hari Ke-3: Bersyukurlah》

Pada musim menuai, memang wajar untuk bersyukur kepada Tuhan atas berkat-Nya yang melimpah-limpah. Tetapi, bagaimana jika hasil tuaian tahun ini tidak begitu memuaskan hati kita? Rasul Paulus berkata, “Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan.” Dalam segala keadaan, kita boleh yakin akan kebaikan Tuhan dan menemukan banyak alasan untuk bersyukur kepada Dia.



Hari Ke-4: Tuaian Disimpan


《Hari Ke-4: Tuaian Disimpan》

Semasa kita bersyukur atas bekalan Tuhan yang setia untuk keperluan kita pada perayaan tahun ini, marilah mengalihkan fikiran kepada kedatangan Yesus yang dijanjikan. Dengan penuh harapan dan kesabaran, kita hidup untuk Dia dan menantikan waktu Dia datang untuk mengumpulkan tuaian-Nya yang mulia. Seperti padi, kita adalah jiwa-jiwa tuaian Tuhan kelak.



Hari Ke-5: Hari Menuai


《Hari Ke-5: Hari Menuai》

Sekiranya Yesus mengisytiharkan hari ini sebagai “hari menuai” dalam kehidupan kita, dan Dia menyuruh kita untuk mengumpulkan hasil daripada pilihan yang kita buat setiap hari, apakah yang dapat kita tunjukkan kepada-Nya? Seseorang akan menuai apa yang ditanamnya