Terima kasih kerana berdoa bersama-sama kami. Kami bergantung kepada rahmat Tuhan untuk membantu orang lain terus dekat dengan Tuhan melalui bahan-bahan Alkitabiah kami.
Untuk bulan Julai, sila sertai kami untuk berdoa bagi pelayanan Malaysia:
-
-
- Projek Rumah Kedua (Second Home, 3 Julai 2026)—Bersyukur kepada Tuhan atas peluang baharu! Kami telah dijemput untuk mengendalikan seminar untuk pelajar di SMK Petagas, Putatan tentang Harga Diri dan Tujuan Hidup. Doakan agar Tuhan memimpin setiap persiapan, pelaksanaan dan susulan selepas seminar. Kiranya Tuhan membuka hati para pelajar sekolah menengah untuk menerima firman-Nya, dan benih firman Tuhan yang ditaburkan berakar serta menghasilkan buah yang kekal.
- Pameran Buku & Perkongsian Pelayanan (Sabah & Sarawak)—Sepanjang bulan Julai, pasukan kami akan mengadakan pameran buku dan perkongsian pelayanan di empat lokasi di Sabah dan Sarawak. Doakan perjalanan yang selamat, peluang yang baik untuk berkongsi pelayanan, serta hati yang terbuka dalam kalangan mereka yang ditemui. Kiranya setiap bahan yang diedarkan menjadi berkat dan dorongan kepada setiap komuniti yang dilayani.
- Kempen Belia (God of All Seasons)—Pasukan kami sedang menyediakan kandungan khas untuk para remaja yang menyentuh isu identiti, rasa dimiliki, dan tekanan rakan sebaya. Doakan agar Tuhan mengurniakan hikmat dan kreativiti kepada pasukan dalam menyediakan bahan-bahan ini. Kiranya para remaja mengenal kebenaran Tuhan bahawa nilai dan identiti mereka terdapat di dalam Kristus, serta diberikan keberanian untuk hidup bagi memuliakan-Nya.
- Persiapan Program-Program Akan Datang—Doakan agar segala persiapan dan penyelarasan berjalan dengan lancar. Mohon Tuhan memberikan hikmat, kekuatan dan kesatuan kepada semua yang terlibat, serta memakai setiap program berikut untuk menyampaikan dan mengajar firman-Nya sehingga membawa perubahan dalam kehidupan para peserta:
A. Seminar Zoom BM – SPI Lukas
Tema: Roh Kudus dan Misi Gereja Hari Ini
Tarikh: 8 & 15 Julai 2026
Penceramah: Pastor Patricia Galidau
B. Siri Konferensi Bahasa Cina (Dalam Talian & Bersemuka)
Tema: Amsal dan Batasan dalam Hubungan Keluarga
Tarikh: 20 & 27 Julai, 3 & 8 Ogos 2026
Penceramah: Pastor Chai Mei Ling - Isu Teknikal Aplikasi Mudah Alih ODBM—Aplikasi mudah alih ODBM Malaysia sedang mengalami beberapa masalah teknikal yang menjejaskan pengalaman para pembaca. Doakan agar Tuhan memberikan hikmat dan ketekunan kepada rakan-rakan sekerja yang sedang berusaha menyelesaikan masalah ini. Kiranya segala isu dapat diatasi dengan lancar dan segera supaya para pembaca dapat kembali mengakses firman Tuhan tanpa gangguan.
-
Semoga Tuhan melakukan “perkara yang jauh lebih banyak daripada yang kita minta atau fikirkan” (Efesus 3:20) semasa kita menyerahkan Pelayanan Our Daily Bread dan rakyat Malaysia ke dalam tangan Tuhan.