Sejarah ODB di Malaysia

Sejarah ODB di Malaysia

Pada tahun 1996, pejabat RBC Ministries di Malaysia bermula sebagai Youth Guidance Sdn. Bhd. Ketika itu pejabat kami hanya mempunyai seorang staf. Kemudian nama kami ditukar kepada RBC Resources Sdn. Bhd apabila pelayanan ini mula berfokus hanya kepada misi RBC Ministries—membolehkan firman Tuhan boleh difahami dan mudah didapati oleh semua orang. Malah pelayanan yang menjangkau orang remaja tergolong sepenuhnya di bawah Malaysia Youth for Christ (MYFC), yang telah bertanggungjawab atas pelayanan ini sejak hari pertama di Youth Guidance Sdn. Bhd.

Kemudian pada tahun 1997, Discovery House Distributors Sdn. Bhd (DHD) telah ditubuhkan. Melalui DHD, kami sangat ingin menghasilkan bahan yang boleh mendorong dan melengkapi orang dalam pengenalan Tuhan dan memahami firman-Nya untuk menerima penghiburan, iman dan pemahaman baru. Oleh sebab kos penghasilan bahan-bahan ini amat tinggi, maka kami berusaha untuk menghasilkan bahan-bahan yang berkualiti ini dengan harga yang munasabah tanpa mengkompromi misi kami. Selain itu, kami juga menterjemahkan buku-buku ke dalam bahasa Cina untuk memenuhi keperluan yang semakin bertumbuh di gereja-gereja bahasa Cina.

Di Malaysia, pasukan staf kami melayani para pembaca dan gereja tempatan, serta mula memberikan sokongan kepada pejabat-pejabat lain di beberapa negara di Asia Pasifik. Kami menyelia projek-projek pencetakan dan memberikan sokongan daripada segi operasi. Kami juga menghasilkan bahan-bahan dalam bahasa Inggeris, bahasa Cina, bahasa Malaysia dan bahasa Jepun, dengan sokongan daripada para pembaca dan gereja-gereja tempatan.

Mulai tahun 2015, nama pelayanan ini telah ditukarkan menjadi ODB Ministries. Keputusan ini dibuat kerana kami mendapati bahawa ini dapat menghubungkan kami dengan para pembaca lebih mudah sekiranya kami menyebutkan bahan renungan utama kami, Our Daily Bread. Bagaimanapun, misi dan visi kami tetap sama.

Kini, kami mempunyai 25 orang staf (sepenuh masa dan separuh masa) dan sekumpulan sukarelawan yang setia. Kami juga ada empat orang staf yang masing-masing bertugas di pusat perkhidmatan di Subang dan Kota Kinabalu, yang berperanan sebagai pusat sumber untuk para pastor dan pemimpin gereja di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Pusat-pusat ini menyediakan buku-buku dan produk-produk muzik yang berkualiti daripada Discovery House Publishers, organisasi bersekutu ODB Ministries.

Kami bersyukur kepada Tuhan, kerana Dia telah membekalkan segala keperluan dalam pelayanan ini. Jadi sila berdoa bersama kami, agar dengan segala kemudahan yang ada, kami boleh melayani gereja-gereja dan orang Kristian dengan lebih baik, melalui penghasilan bahan-bahan Alkitabiah dengan berkesan dan tepat masa. Kami berharap, melalui bahan-bahan untuk masa renungan, pengajaran Alkitab, dan penginjilan, kami boleh membawa kesan kepada negara kita dan tempat lain dengan hikmat Alkitab yang mengubah kehidupan. Doa kami adalah, apa pun yang kami lakukan, kami akan melakukan segalanya untuk kemuliaan dan kerajaan Tuhan.