Kami percaya Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru dalam Alkitab diilhamkan oleh Tuhan, tanpa kesalahan dalam manuskrip-manuskrip asal, ditepati dalam Kristus, dan mengandungi wahyu tentang penciptaan, kejatuhan, penebusan dan pemulihan manusia.
Kami percaya bahawa Tuhan yang esa hadir dalam tiga peribadi: Bapa, Anak dan Roh Kudus.
Kami percaya Yesus Kristus ialah Tuhan dan manusia yang sempurna, anak tunggal Tuhan, dan wahyu yang sempurna daripada Bapa.
Kami percaya Yesus mengalami kelahiran melalui anak dara, kehidupan yang tidak berdosa, kematian yang berkorban diri, kebangkitan tubuh daripada kematian, kenaikan kepada Bapa di syurga, dan kedatangan semula dengan penuh kemenangan.
Kami percaya bahawa, akibat kejatuhan manusia, kami memerlukan penyelamatan daripada dosa dan kematian kekal. Dengan rahmat, Tuhan memberikan penyelamatan ini melalui Yesus, dan hanya Dia dapat mendamaikan semua orang yang bertaubat daripada dosa mereka dan percaya kepada-Nya.
Kami percaya bahawa oleh Roh Kudus, manusia diinsafkan dosanya dan dijadikan anggota keluarga Tuhan, melalui pertaubatan dan kelahiran baru, agar hidup dan bertumbuh semakin menyerupai Kristus, percaya kepada Tuhan, dan mengasihi orang lain.
Kami percaya kepada satu jemaah am, dinyatakan melalui jemaah-jemaah tempatan dalam keluarga Tuhan, yang terdiri daripada semua yang hidup dalam Kristus, dan yang diutus untuk menjadikan semua bangsa pengikut Kristus.
Kami percaya Tuhan akan datang kembali untuk menegakkan kerajaan-Nya secara penuh, menghakimi orang yang hidup dan yang mati, serta memulihkan damai dan sukacita semua ciptaan-Nya.