Sebagaimana Kristus datang dengan mesej penyelamatan, kita sebagai pengikut-pengikut-Nya juga dipanggil untuk membawa mesej yang penuh harapan ini kepada orang ramai. Inilah projek-projek yang kami mulakan dan kami berharap bahawa anda juga dapat menyertai dalam hal berdoa bersama kami dan memberi sokongan kepada kami.

Saudara dan saudari dalam Kristus di Malaysia Timur amat memerlukan bahan-bahan alkitabiah, terutamanya dalam bahasa mereka sendiri. Ketahuilah bagaimana kita boleh membantu mereka untuk bertumbuh dalam iman, dengan melengkapi pastor-pastor tempatan, pemimpin dan pengajar untuk memuridkan dan memelihara jemaah mereka.

Kisah James Hoover

Tidak kira siapa pun anda, Tuhan boleh memakai anda! Bacalah kisah James Hoover, bagaimana dia dipakai oleh Tuhan sebagai seorang misionari yang berasal dari luar negara dan mempunyai latar belakang yang berbeza daripada masyarakat kita, datang ke pedalaman Malaysia Timur untuk berkongsi kasih Yesus.
Klik untuk bacaan lanjut

Seperti James Hoover, adakah anda rela dipakai oleh Tuhan untuk memberkati saudara dan saudari dalam Kristus di Malaysia Timur?

Mari kita menjadi berkat sempena Hari Krismas ini.

Anda boleh menjadi berkat bagi mereka dengan melakukan hal berikut:

a) Berdoa untuk pelayanan orang asal

b) Bekerjasama dengan kami untuk mengagihkan bahan-bahan rohani ke kawasan pedalaman

c) Memberi sumbangan

Apakah makna Hari Krismas bagi anda?

Muat turun bahan bacaan “Kisah tentang Harapan" atau "Cherita pasal Pengadang” pada hari ini. Kongsikan harapan yang kita miliki kepada orang lain pada Hari Krismas ini.

Baca "Kisah tentang Harapan" dalam talian
Baca "Cherita pasal Pengadang" dalam talian