Tuhan Menjaga Kita


Oleh Rev. Dr. T. Jeyakumar
Mazmur 121:1-8

Kehidupan ialah perjalanan bersama dengan Tuhan. Melalui Alkitab, Tuhan berjanji akan bersama dengan kita melaluinya. Pemazmur tahu itu adalah kebenaran. Pemazmur adalah seorang penghizrah. Dia mengalami pengalaman dengan Tuhan dalam perjalanan kehidupan rohaninya, dan mengetahui bahawa Tuhan boleh
diharapkan untuk melindungi kita.

1. Tuhan menolong kita – yakinilah (ayat 1-2)

Pemazmur memandang ke gunung-gunung sekelilingnya pada waktu dia menghizrah ke Yerusalem. Dia sedar bahawa pertolongannya bukan datang dari gunung-gunung, walau sehebat mana gunung itu tampak. Pertolongan dia juga bukan dari askar-askar yang dihantar ke sana untuk melindungi para penghizrah. Jadi dia secara benar fokus kepada Tuhan.

Benar, pertolongan datang dari Tuhan Pencipta langit dan bumi. Kenapa mencari pertolongan dari gunung sedangkan kita boleh mencari daripada Tuhan yang juga pencipta gunung tersebut? Tuhan adalah sumber penjagaan dan perlindungan kita dari bahaya. Sama seperti Tuhan melindungi para penghizrah yang sedang menuju ke Yerusalem, Tuhan akan menjaga kamu dan saya dengan rapi di sepanjang kehidupan kita. Yakinilah bahawa pertolongan datang dari Tuhan.

2. Tuhan Memelihara Kita – rasa terjaminlah (ayat 3-4)

Dia tidak akan membenarkan kaki kamu tergelincir. Tuhan akan menjaga kita. Dia adalah Tuhan yang berada dekat dengan kita. Perlindungannya adalah segera dan peribadi. Tuhan sentiasa sedia. Dia bukan Tuhan yang jauh di atas sana, melainkan Dia adalah Tuhan yang ada di bawah sini dekat bersama dengan kita.

Askar-askar yang bertugas di gunung sana mungkin akan tertidur, tetapi Tuhan tidak akan terlelap. Dia tidak akan pergi untuk waktu rehat. Pemazmur melihat kepada askar-askar yang ada di sana dan melihat kepada Tuhan. Dia tahu bahawa Tuhan tidak akan melelapkan mata-Nya daripada mereka, lalu pemazmur itu pun berani masuk tidur.

Ada satu kumpulan etnik yang cara mereka untuk membuat remaja mereka dewasa secara emosi dan secara mental, ialah dengan menghantar mereka ke hutan yang tebal dan tidur di sana seorang diri sepanjang malam dan keesokan baru pulang ke kampung. Barulah remaja itu dikira lelaki yang dewasa. Satu hari seorang ayah membawa anak remajanya ke hutan yang tebal dan tinggalkan dia di sana sambil berkata, saya akan datang membawa kamu pulang esok. Setelah ditinggalkan seorang diri, remaja itu menggigil ketakutan. Dia tidak dapat nampak apa-apa di sekelilingnya. Dalam ketakutan dia cuba tidur akhirnya dia terlelap juga. Bila dia terjaga sewaktu subuh pagi dia nampak ada seorang duduk tidak jauh darinya,. Akhirnya dia sedar bahawa semasa dia berada dalam ketakutan yang sungguh-sungguh sepanjang malam tadi, ayahnya ada dekat bersama dengannya beberapa kaki jauh sahaja. Sama seperti itu Tuhan bersama dengan kita menjaga kita sepanjang masa walaupun kita merasa seperti dalam kegelapan.

Apa yang membuat kamu tidak dapat lelap? Takut akan Covid-19, takut akan kegelapan, masalah di rumah, di sekolah, di tempat kerja! Harga barang-barang meningkat naik? Apakah kamu ada iman untuk menyerahkan diri kamu kepada Tuhan? Kenapa kita tidak tidur dan kenapa kita risau sedangkan Tuhan menjaga dan mampu mengendali semua kerisauan kita?

3. Tuhan melindungi kita – rasa selamatlah (ayat 5-8)

Tuhan ialah perisai di sebelah tangan kanan kita. Ini merujuk kepada seseorang yang berdiri dengan kamu yang memberikan perlindungan kepada kita terhadap lawan kita.

Penghizrah risau dengan pendedahan kepada kepanasan matahari yang amat teruk. Mereka yang menghizrah dengan berjalan kaki ini menjadi sakit secara emosi, penulis dahulu memanggil sakit itu strok bulan (masa kini ada orang panggil gila bulan purnama). Pemazmur kata Tuhan ialah perisai kita. Tuhan melindungi kita. Kita bukan tidak dilindungi.

Pemazmur ini bukan berjanji bahawa tidak akan ada waktu-waktu yang kurang baik semasa dalam perjalanan. Pemazmur tidak kata bahawa tidak akan ada strok kepanasan matahari atau strok bulan. Ada orang Kristian yang walaupun baik, tergelincir, terjatuh dan mati. Ada orang Kristian yang dijangkiti virus Covid-19 dan mati. Ada yang menderita bertahun-tahun kerana penyakit yang tertentu. Apakah Pemazmur ini salah? Atau Tuhan kita tak boleh diharapkan? Adalah secara nyata, Pemazmur bersukacita atas fakta Tuhan adalah menjadi Pelindung dan Dia akan menjaga tanpa tertidur dalam tugasan tersebut.

Yang penting ialah Tuhan benar-benar melindungi kita. Tidak ada perkara yang boleh memisahkan kita dari tujuan Tuhan. Di sini, di Firman Tuhan apakah ada janji bahawa tidak ada masalah atau Kristian di kecualikan dari kesukaran? Apa yang dijanji di sini adalah kita dipelihara di dalam Tuhan walaupun semasa iblis datang. “Selamatkan kita daripada iblis, bukannya jauhkan kita daripada iblis”.

Waktu kesukaran melanda dan ya, memang akan melanda, kita tidak seharusnya fikir bahawa Tuhan sudah melupakan atau meninggalkan kita. Kita harus sentiasa ingat bahawa Tuhan tidak pernah menutup mata-Nya daripada kita – jadi kita harus merasa keselamatan ini di dalam diri kita.

Kebenarannya, sedar atau kita tidak sedar, kita hidup berjalan dengan Tuhan menjaga kita senantiasa. Dia akan menyimpan janjinya untuk menjaga kita – semasa kita masih hidup, semasa kita mati dan semasa di Sorga, Tuhan pun masih menjaga kita. Kita boleh percaya kepada-Nya bahawa Dia mampu melakukannya.

Pada masa saya muda, saya terjaga dari tidur waktu tengah malam dan menjerit. Ibu saya kejar ke bilik saya, menyalakan lampu dan bertanya kepada saya apa yang berlaku. Saya rasa ada sesuatu yang sangat jahat menyerang saya dan merasa itu seperti benar-benar berlaku. Saya tanya ibu saya apakah beliau boleh duduk di tepi katil saya sehingga saya terlelap kembali. Ibu saya setuju. Dia meletakkan tangannya di dada saya dan duduk di tepi katil saya bukan sahaja sampai saya tertidur, tetapi sampai waktu pagi. Lalu dia membangunkan saya untuk pergi ke sekolah. Kalau emak saya hanya seorang manusia dengan kasih manusiawinya, menunaikan janjinya, apatah lagi Tuhan Maha Pengasih itu memegang janji-Nya terhadap kita!

 
 

Artikel ini telah diadaptasi daripada khutbah bercetak yang dikeluarkan kepada Gereja Methodist TRAC Malaysia pada 22 Mac 2020. Ia telah diedit dan telah mendapat kebenaran untuk dikongsikan.

 


Tentang Penulis

Rev. Dr. T. Jeyakumar ialah Presiden Trinity Annual Conference (TRAC), Gereja Methodist Malaysia. Beliau melayani di TRAC sejak tahun 1991, telah ditahbiskan sebagai Diakon pada tahun 1993 dan sebagai Penatua pada tahun 1996. Rev. Jeyakumar telah belajar di Seminari Teologi Malaysia dan Seminari Teologi Baptis Malaysia. Dia sudah menggembalakan beberapa buah gereja dan mempunyai hati yang berkobar-kobar untuk mematangkan gereja. Beliau telah berkahwin dengan Grace Leong dan telah dikurniakan dua orang anak, Ebenezer Jeya dan Joanne Jeya. Beliau merupakan penulis buku “A Family-Friendly Church” dan “Touched by the Word”.