Wanita yang Melayani Tuhan

 

Baca: Yohanes 15:16 “…Aku yang memilihmu dan menyuruhmu berbuah lebat, dan buahmu itu haruslah kekal,…”

 
Sempena Hari Wanita Sedunia ini, kami merayakan sumbangan empat wanita yang setia melayani Our Daily Bread (ODB) di Pejabat Kota Kinabalu.
 

Clarensia Rongkos sudah melayani ODB selama empat tahun. Dia bermula sebagai pelajar praktikal sebelum meneruskan pengajian dalam Masters of Divinity di sebuah seminari. Sebelum memasuki pelayanan, Clarensia berkata, “saya mengambil masa untuk mendengar panggilan Tuhan untuk saya dan memeriksa hati saya. Saya bertanya pada diri sendiri, apakah yang saya mahu buat sebenarnya? Apakah minat saya?”

 

Selepas tamat di seminari, dia menyertai ODB sebagai pekerja sepenuh masa sebagai Pengurus Kandungan Digital bagi pelayanan Bahasa Malaysia. Bersama-sama dengan rakan sekerja, Marysia Jumit (Eksekutif Pelayanan Gereja), Wendy Ho (Eksekutif Pentadbiran), dan Lee Soo Yi (Editor Bahasa Cina), keempat-empat mereka percaya bahawa Tuhan telah memanggil mereka melayani sepenuh masa di ODB untuk tujuan dan rancangan Tuhan yang sempurna.

 

Perjalanan ke ODB

Bagi Wendy yang berasal dari Kota Kinabalu, dia tidak pernah terfikir untuk melayani di ODB. “Tetapi Tuhan sentiasa ada cara-Nya yang tersendiri apabila Dia mahu memakai kamu,” kata Wendy yang telah menyerahkan surat perletakan jawatannya dengan iman kepada mantan majikan.

 

Saya berasa Tuhan membuka pintu pelayanan di mana saya dapat melayani orang

Marysia berasal daripada Kota Belud dan pernah melayani sebagai pastor di sebuah gereja sebelum menyertai ODB. Tahun ini merupakan tahun keduanya melayani di ODB. “Saya berasa Tuhan membuka pintu pelayanan di mana saya dapat melayani orang dan gereja melalui bahan-bahan berdasarkan Alkitab,” katanya.

 

Soo Yi ialah “member” terbaru dalam kalangan mereka sebenarnya pernah melayani di YAMI 雅米 selama enam tahun — sebuah pelayanan muda-mudi bahasa Cina ODB — sebelum kembali menyertai pelayanan sepenuh masa. “Dengan rahmat Tuhan, saya menyedari bahawa ini merupakan sesuatu yang Tuhan mahu saya teruskan, jadi saya gembira mendapat peluang untuk kembali melayani Dia,” katanya.

 

Soo Yi yang berasal dari Sandakan telah menulis banyak artikel tentang persahabatan, filem, K-pop, dan budaya popular yang telah menyentuh kehidupan ramai pembaca. Harapan Soo Yi untuk semua orang Kristian sama ada muda, tua, lelaki dan perempuan adalah agar mereka tetap dekat dengan Tuhan. “Yang paling penting adalah kita bergantung kepada Tuhan untuk tetap teguh,” katanya.

 

Identiti yang berpaut pada Kristus

Rakan-rakan sekerja Clarensia mempunyai pendapat yang agak sama bahawa cabaran bagi Kristian di mana-mana mungkin agak serupa. “Mengetahui nilai saya dalam Kristus membantu saya bertumbuh dan menjalani kehidupan saya sebagai wanita,” kata Clarensia yang berbangsa Dusun dan datang daripada keluarga besar dengan tujuh orang adik-beradik. “Mengetahui bahawa saya istimewa dan Tuhan mempunyai tujuan untuk saya membantu saya menjadi diri saya pada hari ini. Dan sekarang, saya mahu berkongsi fakta dan kebenaran ini dengan orang lain juga.”

Mengetahui nilai saya dalam Kristus membantu saya bertumbuh dan menjalani kehidupan saya sebagai wanita

Wendy bersetuju dengan berkata bahawa dia menerima sepenuhnya kebenaran bahawa dia diciptakan dengan mengagumkan dan menakjubkan seperti yang dikatakan dalam Mazmur 139:14. “Saya memahami bahawa saya diciptakan sebagai perempuan bukanlah satu kesilapan. Saya menjalani kehidupan sepenuhnya sebagai seorang Kristian dan saya berada di jalan yang betul dengan Tuhan kerana saya mempunyai kedamaian dalam hati saya.”

 

Bagi Marysia, memahami identitinya dalam Kristus adalah proses yang lama dan disulami dengan pengalaman pahit manis. “Melalui pembacaan Alkitab, pemuridan dan bimbingan, saya belajar untuk menghargai diri sendiri dan mengetahui bahawa saya ialah karya agung-Nya. Dia mengambil masa yang lama untuk memahami bahawa Tuhan menerima saya seadanya, dan sebagai wanita, saya bernilai sama seperti lelaki. Soo Yi bersetuju dan berkata, “tidak kira bagaimana rupa atau perasaan saya, saya masih anak Tuhan yang dikasihi.”

Dia menjadi korban yang sempurna dan jalan keselamatan

Dorongan untuk melayani Tuhan sepenuh masa

Keempat-empat wanita ini ingin menyokong para wanita lain yang sedang mempertimbangkan pelayanan sepenuh masa. Dorongan mereka adalah berkongsi dengan pastor atau pemimpin yang matang, teruskan berdoa dan mencari pimpinan Tuhan walaupun banyak halangan yang bakal dihadapi.

 

Saya percaya bahawa melayani sepenuh masa adalah panggilan Tuhan

Clarensia berkata bahawa “jika wanita mahu melayani dalam pelayanan, sama ada sepenuh atau separuh masa, atau sebagai sukarelawan, jangan menghalang mereka hanya kerana mereka mempunyai anak-anak atau komitmen lain. Tetapi berdoalah bersama mereka dan bertanya bagaimana kita boleh menyokong mereka secara rohani, fizikal, emosi, dan mental.”

 

Wendy bersetuju dan berkata, “saya percaya bahawa melayani sepenuh masa adalah panggilan Tuhan.” Dia berkata lagi bahawa ramai wanita akan mendapat manfaat daripada kata-kata dorongan, bimbingan, dan pengalaman kerja sekiranya mereka ingin melayani sepenuh masa.

 

Marysia juga mempunyai nasihat yang sama, mencadangkan bahawa pendedahan pelayanan mungkin membantu seperti menyertai program misi singkat atau menjadi sukarelawan separuh masa dalam pelayanan yang mereka minat. “Jangan biarkan kritikan mematahkan semangat kamu,” kata Marysia. “Terus berdoa untuk bimbingan Tuhan dan Dia akan menjawab doa kamu sesuai dengan masa dan kehendak-Nya. Dia juga akan mempersiapkan hati kamu dan segala keperluan kamu untuk rancangan-Nya.”

 

Adakah anda ingin dan sedang berdoa untuk pelayanan sepenuh masa? Kami boleh berdoa bersama-sama anda. Sila hantar bahan doa anda di sini.

 

Kuatkanlah dan mantapkanlah hatimu. Jangan takut dan jangan gementar dengan mereka, kerana Tuhan, Allahmu, menyertai kamu. Dia tidak akan membiarkan kamu dan tidak akan meninggalkan kamu.” (Ulangan 31:6)

 

Kuatkanlah dan mantapkanlah hatimu. Jangan takut dan jangan gementar dengan mereka, kerana Tuhan, Allahmu, menyertai kamu. Dia tidak akan membiarkan kamu dan tidak akan meninggalkan kamu.” (Ulangan 31:6)

 

Bukan kamu yang memilih-Ku tetapi Aku yang memilihmu dan menyuruhmu berbuah lebat, dan buahmu itu haruslah kekal, maka apa sahaja yang kamu minta dalam nama-Ku, Bapa akan mengurniakannya kepadamu. (Yohanes 15:16)

 

Aku tahu rancangan-rancangan yang Kubuat bagi kamu,’ demikianlah firman Tuhan, ‘iaitu rancangan kesejahteraan, bukan malapetaka, untuk mengurniakan kepada kamu masa depan dan harapan. (Yeremia 29:11)

 

Artikel ini diterjemah daripada “spotlight” bahasa Inggeris ODB Malaysia.

 


 

read_more