Seorang wanita dari Grand Rapids, Michigan tertidur di sofa selepas suaminya pergi tidur di bilik mereka. Seorang penceroboh menyusup ke rumahnya melalui pintu gelangsar yang lupa dikunci oleh suami isteri ini. Dia masuk ke bilik tidur suami itu yang sedang tidur lalu mengambil set televisyen. Suami itu terjaga dan ternampak susuk tubuh berdiri di sana, dan berbisik, “Sayang, marilah tidur.” Pencuri itu panik, meletakkan TV itu, mengambil duit yang tersusun di atas almari laci, lalu melarikan diri.
Pencuri itu berada dalam kejutan besar! Duit itu sebenarnya ialah risalah-risalah Kristian yang mempunyai rupa wang kertas $20 pada sebelah muka dan sebelah di belakang menerangkan kasih dan pengampunan Tuhan yang mahu diberikan-Nya kepada manusia. Penceroboh itu tidak mendapatkan wang yang diharapkan pada mulanya, tetapi dia sendiri memperoleh cerita tentang kasih Tuhan.
Saya tertanya-tanya apa yang diharapkan oleh Saulus apabila dia menyedari bahawa Yesus yang muncul kepadanya dalam perjalanan ke Damascus, memandangkan dia kerap menganiaya malahan membunuh pengikut-pengikut Yesus? (Kisah Rasul-Rasul 9:1-9). Saulus, yang kemudian dipanggil Paulus, mestilah berasa terkejut oleh rahmat Tuhan, yang dipanggilnya sebagai “kurnia”: “Allah merahmati aku dan melalui kuasa-Nya yang bekerja dalam diriku, aku ditugaskan untuk mengisytiharkan Berita Baik itu” (Efesus 3:7).
Adakah anda berasa terkejut dengan kurnia rahmat Tuhan dalam hidup anda apabila Dia menunjukkan kasih dan pengampunan-Nya?