Kelab kesihatan menawarkan banyak program yang berbeza kepada orang yang ingin mengurangkan berat badan dan mengekalkan kesihatan. Sebuah pusat kesihatan hanya membekalkan perkhidmatan kepada orang yang ingin mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 20kg dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Seorang ahli berkata bahawa dia tidak lagi pergi ke kelab kesihatan sebelum kelab ini kerana dia berasa bahawa orang yang kurus dan sihat asyik merenung dan mengkritik bentuk badannya yang gemuk. Sekarang dia bersenam sebanyak 5 hari seminggu dan mencapai pengurangan berat badan yang sihat dalam persekitaran yang positif dan mesra.

Dua ribu tahun yang lalu, Yesus datang untuk memanggil orang yang tidak sihat dari segi rohani untuk mengikuti-Nya. Lewi adalah salah seorang yang sedemikian rupa. Yesus melihat dia duduk di pondok memungut cukainya dan berkata, “Ikutlah Aku” (Markus 2:14). Kata-kata-Nya menarik hati Lewi, dia pun mengikut Yesus. Pemungut cukai adalah tamak dan tidak jujur dalam urusan mereka dan dianggap tidak bersih dari segi rohani. Apabila beberapa guru Taurat melihat Yesus sedang makan malam dengan pemungut cukai yang lain di rumah Lewi, mereka bertanya, “Mengapa dia makan bersama-sama pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat?” (2:16). Yesus menjawab, “Aku tidak datang untuk memanggil orang yang menganggap diri mereka baik, tetapi untuk orang yang dihina masyarakat” (2:17).

Yesus datang untuk menyelamatkan orang berdosa yang merangkumi setiap kita. Dia mengasihi kita, mengalu-alukan kedatangan kita ke dalam hadirat-Nya, dan memanggil kita mengikut-Nya. Apabila kita mengikut-Nya, kita bertumbuh semakin sihat dari segi rohani.