Saya sering mendapati bahawa diri saya mengingati kembali tahun-tahun ketika anak-anak saya masih kecil. Salah satu ingatan yang saya suka adalah rutin kami ketika bangun pada waktu pagi. Setiap pagi saya akan pergi ke bilik mereka, dengan lembut memanggil mereka bangun dan bersiap-siap untuk hari itu.
Apabila saya membaca bahawa Abraham bangun awal pada suatu pagi untuk mentaati perintah Tuhan, saya memikirkan tentang masa-masa ketika saya membangunkan anak-anak saya dan tertanya-tanya jika ini juga sebahagian daripada rutin harian Abraham: pergi ke katil Ishak untuk membangunkannya. Keadaan pada pagi yang khusus itu pasti amat berbeza. Alangkah sayatnya hati Abraham untuk membangunkan anaknya pada pagi itu!
Abraham mengikatkan anaknya itu dan membaringkan dia di atas mazbah, tetapi kemudian Tuhan menyediakan satu korban lain. Beratus-ratus tahun kemudian, Tuhan membekalkan korban lain—korban terakhir—Anak-Nya sendiri. Fikirkan betapa seksanya bagi Tuhan mengorbankan Anak-Nya, Anak Tunggal yang dikasihi-Nya! Dan Tuhan melakukan segala ini kerana Dia mengasihi anda.
Sekiranya anda tertanya-tanya jika anda dikasihi Tuhan, janganlah tertanya-tertanya lagi.