Pada awal kehidupan Kristian saya, tuntutan-tuntutan komitmen membuatkan saya tertanya-tanya sama ada saya boleh berdiri teguh tanpa kembali ke cara hidup lama yang berdosa dalam setahun. Tetapi ayat firman Tuhan ini telah membantu saya: “TUHAN akan berjuang untuk kamu. Kamu tidak perlu berbuat apa-apa” (Keluaran 14:14). Kata-kata itu diucapkan oleh Musa kepada umat Israel semasa mereka baru terlepas daripada perhambaan di Mesir dan dikejar oleh Firaun. Mereka berasa kecewa dan takut.
“Diamlah dan ketahuilah, bahwa Akulah Allah!” kata pemazmur (Mazmur 46:11, Alkitab TB). Apabila kita tenang, kita akan mengetahui bahawa “Allah perlindungan dan kekuatan kita. Dia selalu bersedia menolong kita pada masa kesusahan” (ayat 2). Kita melihat kelemahan kita yang hidup tanpa Tuhan dan menyedari keperluan kita untuk berserah kepada-Nya. “Ketika aku lemah, pada masa itulah aku mendapat kekuatan daripada Kristus,” kata rasul Paulus (2 Korintus 12:10)
Hari-hari kita berjuang melalui tekanan dan keadaan-keadaan lain yang mengecewakan. Namun kita boleh percaya bahawa Dia akan setia terhadap janji-Nya untuk menjaga kita. Semoga kita belajar untuk bertenang!