Setelah Estella Pyfrom bersara daripada mengajar, dia membeli sebuah bas yang dilengkapkan dengan komputer dan meja. Kini dia memandu “Bas Cerdik” itu melalui Palm Beach Country, Florida, malah menyediakan sebuah tempat bagi kanak-kanak yang menghadapi cabaran, agar mereka boleh membuat kerja rumah dan belajar teknologi. Estella menyediakan kestabilan dan harapan kepada kanak-kanak yang mungkin pernah digoda untuk membuang impian mereka demi masa depan yang lebih cerah.

Dalam abad pertama, kesengsaraan dan kekecewaan yang tertimpa telah mengancam komuniti Kristian. Penulis Ibrani menulis untuk meyakinkan pengikut-pengikut Kristus supaya mereka tidak membuang keyakinan mereka akan harapan masa depan mereka (2:1). Harapan mereka—iman dalam Tuhan untuk penyelamatan dan masuk ke syurga—telah ditemui dalam peribadi dan pengorbanan Kristus. Ketika Yesus masuk ke syurga selepas kebangkitan-Nya, Dia menjamin harapan mereka untuk masa depan (6:19-20). Seperti sebuah sauh yang dijatuhkan ke dalam laut untuk menghalang sebuah kapal daripada hanyut, maka kematian, kebangkitan Yesus dan kepulangan-Nya ke syurga membawa jaminan dan kestabilan kepada kehidupan orang percaya. Harapan untuk masa depan ini tidak boleh dan tidak akan digoyahkan.

Yesus bagaikan sauh yang melabuhkan jiwa kita, agar kita tidak hanyut daripada harapan kita yang berasal daripada Tuhan.