Apakah otot yang paling kuat dalam tubuh manusia? Ada yang mengatakan lidah, tetapi sukar untuk menentukan yang manakah satu otot yang kuat sekali kerana otot-otot manusia tidak berfungsi sendirian.

Tetapi kita memang tahu bahawa lidah adalah kuat. Sebagai satu otot yang kecil, ia boleh membuat banyak kemusnahan. Organ berotot kecil yang aktif ini membantu kita makan, menelan, merasa dan memulakan pencernaan juga mempunyai kecenderungan yang membolehkan kita bercakap sesuatu yang tidak sepatutnya. Lidah mampu mengeluarkan kata-kata yang mengangkat, mengutuk, membohong, bercakap besar dan memburukkan orang lain. Itu hanyalah satu senarai yang pendek.

Kedengarannya lidah ialah otot yang agak berbahaya bukan? Tetapi berikut adalah berita yang baik: Lidah tidak seharusnya menjadi sedemikian. Apabila kita dikawal oleh Roh Kudus, lidah kita boleh ditukar menjadi lidah yang baik. Kita boleh bercakap tentang kebenaran (Mazmur 35:28) dan keadilan Tuhan (37:30). Kita boleh bercakap mengenai kebenaran (15:2), menunjukkan kasih (1 Yohanes 3:18) dan mengakui dosa (1 Yohanes 1:9).

Penulis Amsal 12:18 menuliskan salah satu kegunaan lidah yang terbaik: “ucapan yang bijak bagaikan ubat yang menyembuhkan.” Bayangkan bagaimana kita boleh memuliakan Dia yang mencipta lidah kita apabila Dia menolong kita membawa kesembuhan—bukan kesakitan—kepada semua orang yang kita bercakap.