Kita tidak pernah menyaksikan kebanyakan perkara yang berlaku di alam semesta ini. Banyak benda terlalu kecil atau bergerak sangat laju, atau malahan bergerak dengan terlalu lambat untuk kita lihat. Bagaimanapun, dengan menggunakan teknologi moden, seorang pembuat filem yang bernama Louis Schwartzberg boleh menunjukkan imej-imej video yang menakjubkan daripada beberapa benda itu—mulut seekor ulat bulu, mata seekor lalat, pertumbuhan sekuntum cendawan.

Kebolehan kita yang terhad untuk melihat butiran benda-benda yang menakjubkan dan rumit dalam dunia jasmani mengingatkan kita bahawa kita juga adalah terbatas untuk melihat dan memahami apa yang sedang berlaku dalam dunia rohani. Tuhan yang selalu bekerja di sekeliling kita membuat segalanya jauh lebih indah daripada apa yang dapat kita bayangkan. Tetapi penglihatan rohani kita adalah terhad dan kita tidak dapat melihatnya. Bagaimanapun, nabi Elisa sebenarnya melihat kerja luar biasa yang dilakukan oleh Tuhan. Tuhan juga membuka mata rakannya yang ketakutan supaya dia juga boleh melihat tentera syurgawi dihantar untuk berperang bagi pihak mereka (2 Raja-Raja 6:17).

Rasa takut membuatkan kita lemah dan tidak berdaya, malah membuatkan kita berfikir bahawa kita keseorangan di dunia ini. Tetapi Tuhan telah menjamin bahawa Roh-Nya dalam kita adalah lebih besar daripada kuasa dunia (1 Yohanes 4:4).

Setiap kali jika kita kecewa dengan kejahatan yang kita boleh lihat, kita perlu memikirkan pekerjaan baik yang sedang dilakukan oleh Tuhan yang kita tidak boleh lihat.