Richard memerlukan dorongan, dan dia mendapatnya. Dia sedang memanjat permukaan batu (rock climbing) dengan sahabatnya Kevin mengawal tali panjat dan memastikan tali itu dipasang dengan kuat. Dengan perasaan sangat penat serta keinginan untuk berhenti, Richard meminta Kevin agar menurunkannya ke tanah. Namun Kevin mendorong Richard untuk meneruskan kerana segala usahanya sampai setakat ini akan menjadi sia-sia jika dia berhenti. Ketika tergantung di udara, Richard membuat keputusan untuk terus mencuba. Akhirnya dengan menakjubkan, Richard berjaya berpaut semula pada batu dan menamatkan pemanjatannya kerana dorongan sahabatnya.
Pada zaman gereja awal, para pengikut Yesus saling mendorong agar mereka sentiasa mengikut Tuhan dan selalu menunjukkan belas kasihan. Dalam adat resam yang dipenuhi dengan perbuatan yang tidak bermoral, mereka menggalakkan satu sama lain untuk menjalani kehidupan suci (Roma 12:1; 1 Tesalonika 4:1). Orang-orang percaya mendorong sesama sendiri pada setiap hari, seperti diperintah oleh Tuhan (Kisah Rasul-Rasul 13:15). Mereka juga menggesa satu sama lain untuk berdoa dengan tekun kepada Tuhan (Roma 15:30), sentiasa menghadiri pertemuan-pertemuan ibadat di gereja (Ibrani 10:25), dan “lebih saling mengasihi” (1 Tesalonika 4:10).
Melalui kematian dan kebangkitan-Nya, Yesus telah menghubungkan kita antara satu sama lain. Oleh itu, dengan kekuatan Tuhan, kita mempunyai tanggungjawab serta keistimewaan untuk mendorong orang percaya agar sentiasa mempercayai dan mentaati Dia.
Kongsilah renungan anda di facebook kami: http://goo.gl/FFCb71
saling menguatkan, seperti yang kamu lakukan sekarang ini.
1 Tesalonika 5:11